Asalnya Bukan Pilihan Utama, Kini Jordan Mintah Tampil Wira Utama Terengganu

Musim 2023 boleh dianggap sebagai sesuatu yang sangat baik untuk penyerang utama Terengganu iaitu Jordan Mintah, selepas kelibatnya jelas begitu dirasai di bahagian serangan pasukan tersebut.

Selepas beberapa musim bersama Terengganu, jelas segalanya tidak mudah buat Mintah selepas beliau lebih banyak dijadikan selaku pilihan kedua sebagai penyerang kelab.

Malah, Mintah juga sebelum itu lebih banyak menghabiskan masa bersama pasukan ‘feeder’ Terengganu di saingan Liga Premier dan berjaya membuktikan kualiti ketajamannya sehingga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak.

Walaupun begitu, Mintah masih gagal untuk mendapatkan tempat utama bersama pasukan dan kemuncaknya pada tahun lalu selepas penyerang itu dipinjamkan kepada Kuala Lumpur City (KL City).

Bersama KL City, Minta menjadi sebahagian daripada sejarah kelab setelah mereka berjaya dinobatkan selaku naib juara Piala AFC musim 2022.

Walaupun begitu, impak ditinggalkan Mintah masih lagi tidak begitu menyakinkan dan pada penghujung musim lalu, timbul beberapa kenyataan tentang kemungkinan itu bakal menjadi musim terakhir Mintah di Malaysia.

Namun, kontrak pemain tersebut terus disambung dan pada awalnya Mintah beraksi untuk skuad pembangunan Terengganu dalam saingan Piala MFL untuk beberapa perlawanan.

Ketika pasukan utama tersebut mengalami masalah konsistensi di posisi serangan serta ketajaman Ivan Mamut yang kurang memuaskan dalam aksi Liga Super, Mintah akhirnya kembali dipanggil untuk memperkuatkan bahagian tersebut.

Hasilnya, kini Mintah unggul selaku penjaring terbanyak buat Terengganu menerusi empat gol dilakar beliau daripada lima perlawanan membabitkan penyerang tersebut.

Malah, Mintah menjadi antara penyerang yang aktif dalam menjana kreativiti di bahagian hadapan untuk turut mencipta satu bantuan gol selain menjadi penjaring utama pasukan.

Peratus percubaan tepat Mintah juga sangat tinggi dengan mencecah 60% ketepatan daripada 10 sepakan ke arah gol yang dilepaskan oleh penyerang berusia 28 tahun itu.

Aksi terbaharu Mintah ketika menentang Kuching City juga menceritakan betapa pemain kelahiran Ghana ini menjadi kunci utama serangan Terengganu pada masa akan datang, setelah beliau berjaya mencipta dua gol.

Walaupun Terengganu menandatangani tiga pemain serangan import baharu musim ini, ianya tidak menjejaskan Mintah yang bersabar untuk membuktikan diri beliau ketika diberi peluang.

Menerusi prestasi semasa Mintah yang sangat menggagumkan ketika ini, ada peluang buat beliau untuk dijadikan sebagai sandaran utama Terengganu pada aksi Piala AFC musim 2023.

Apapun, Mintah perlu kekalkan konsistensi beliau di posisi serangan dan terus berusaha untuk mencuri hati kejurulatihan kelab supaya terus diberi ruang sebagai pemain utama serangan kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN