ANALISIS: Kedah Hanyut Dengan ‘Belaian’ Intensiti Tinggi JDT

JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin melebarkan dominasi mereka setelah menjadikan Kedah Darul Aman (Kedah) sebagai mangsa terbaharu mereka apabila unggul membelasah pasukan bimbingan Nafuzi Zain 6-0 dalam aksi Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim.

Kedah seolah-olah ‘terpukau’ dan hilang arah tuju sepanjang perlawanan ini, sehingga membolehkan Harimau Selatan untuk mendominasi sebahagian besar penguasaan bola dalam perlawanan ini.

Dominasi ini berlaku ekoran intensiti permainan tinggi pasukan JDT yang berada di kelas tersendiri, sama ada ketika mereka mempunyai penguasaan bola, mahupun ketika pasukan sedang kehilangan penguasaan bola.

Dalam analisis kami pada kali ini, kita akan membincangkan bagaimana intensiti tinggi JDT melemaskan pasukan lawan, serta membolehkan Harimau Selatan untuk sentiasa memperoleh penguasaan bola bagi menghukum pasukan Kedah, terutamanya menerusi transisi permainan pantas dan berbahaya.

Tekanan menerusi blok tinggi

Setiap kali JDT kehilangan penguasaan bola, pemain-pemain mereka cenderung untuk mengenakan tekanan secara ‘high blocks’.

Pendekatan permainan ini adalah bertujuan untuk menganggu kelancaran usaha gerakan serangan Kedah, serta membantu JDT untuk menghalakan permainan ke arah satu kawasan.

Menerusi gambar di atas, JDT mengenakan tekanan secara ‘high blocks’ ketika Kedah cuba mengatur gerakan serangan mereka secara tersusun.

Fernando Forestieri melakukan larian secara ‘curved’ bagi menghalakan permainan ke bahagian sisi padang, sementara Oscar Tarribas, Juan Muniz dan Endrick dos Santos masing-masing mengenakan kawalan secara ‘man-marking’ ke atas lawan masing-masing.

Bergson da Silva pula ditugaskan untuk menutup opsyen ‘switching play’ pasukan Kedah apabila bersedia untuk memberi tekanan kepada pemain ‘centre-backs’ mereka serta menutup lorong hantaran kepada penjaga gol.

‘Counter-pressing’ dan ‘pressing trap’ yang menjerat lawan

Tekanan menerusi ‘high blocks’ ini merupakan pendekatan awal bagi membantu JDT untuk memerangkap Kedah menerusi ‘pressing trap’ dam ‘counter-pressing’ yang efektif.

Kawalan secara ‘man-marking’ yang dikenakan oleh pemain JDT kerap membataskan opsyen hantaran pasukan Kedah, dan menjadikan hantaran-hantaran pasukan lawan untuk menjadi lebih mudah dijangka.

Ini akan menjadi isyarat penting buat pemain-pemain JDT yang lain untuk segera keluar dari posisi bertahan mereka bagi menyertai struktur ‘pressing trap’ pasukan bagi memerangkap pemain lawan.

Situasi di atas merupakan kesinambungan kepada tekanan secara ‘high blocks’ yang dilakukan JDT sebelum ini.

Feroz Baharudin keluar dari posisi bertahan untuk memberi tekanan agresif kepada pemain lawan yang bakal menerima hantaran bola, sekaligus membentuk struktur ‘pressing trap’ pasukan JDT.

Walau bagaimanapun, pemain Kedah berjaya keluar daripada tekanan tersebut. Namun, reaksi daripada Endrick dan Hong Wan yang segera memberikan sokongan kepada rakan sepasukan membantu JDT untuk membina struktur ‘pressing trap’ yang baru.

Namun, pemain-pemain Kedah sekali lagi berjaya untuk keluar daripada struktur tekanan tersebut.

Serta membolehkan mereka untuk menyusun semula gerakan serangan mereka.

Meskipun berjaya untuk keluar daripada tekanan, Kedah sekali lagi dijerat oleh struktur ‘pressing trap’ ekoran reaksi berkualiti yang dipamerkan oleh pemain-pemain JDT ketika pasukan mereka kehilangan penguasaan bola.

Ia sekali gus membantu mereka untuk memperoleh semula penguasaan bola dan mula melancarkan transisi serangan pantas menerusi ‘penetration pass’ kepada Bergson.

Bagi meletakkan pemain penyerang JDT tersebut dalam kedudukan yang baik untuk menjaringkan gol.

JDT menimbulkan kegerunan

Mengumpul 24 mata maksimum, serta menjaringkan 36 gol dalam lapan perlawanan sudah cukup untuk menghadirkan rasa gerun buat pasukan lawan yang bakal berhadapan dengan JDT.

Ini kerana, mereka bakal merasai keperitan serta bergelut untuk menyamai intensiti permainan pasukan JDT yang jelas berada di kelas tersendiri.

Sekiranya JDT kekal konsisten, tidak keterlaluan untuk kita menngatakan bahawa tumpuan kini terarah kepada calon naib juara Liga Super Malaysia, kerana dominasi sebegini tidak akan menggugat hasrat JDT untuk merangkul kejuaraan liga buat kali ke-10 berturut-turut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN