Berita baik untuk penyokong Arsenal apabila penjaring terbanyak mereka musim lalu, Alexis Sanchez sudah cergas sepenuhnya untuk berhadapan dengan Liverpool Ahad ini.
Alexis Sanchez berehat panjang selepas Piala Konfederasi kerana kecederaan. Wenger kagum dengan Sanchez yang berusaha bersungguh-sungguh untuk cergas lebih awal.
“Dia berlatih bersungguh-sungguh. Seakan-akan tiada apa mampu melemahkan beliau dan Sanchez kelihatan sudah bersedia.”
“Cuma isunya sekarang, beliau sudah lama tidak beraksi. Kami akan memikirkan cara terbaik untuk itu.”
Arsenal pastinya mahu bangkit daripada kekalahan di tangan Stoke minggu lalu. Sebelum itu, mereka berjuang mati-matian untuk menang perlawanan pertama.
Wenger juga yakin yang Sanchez sangat gembira di Emirates dan beliau tidak panik. Wenger berkata:
“Dia (Sanchez) ada cinta yang dalam ke atas pasukan ini.”
Arsene Wenger juga mengakui, beliau tidak ada jaminan apa-apa untuk Sanchez. Pemain itu mendapat perhatian banyak kelab besar. Dan apa-apa boleh berlaku.
Namun buat masa ini, Wenger percaya, Sanchez akan kekal beraksi dengan ‘gembira’ sehinggalah ke hari terakhir beliau di Arsenal. Baki kontrak Sanchez masih ada setahun sahaja lagi.
Wenger juga ditanya tentang spekulasi yang mengaitkan mereka dengan Thomas Lemar. Wenger tidak mengakui mereka berminat dengan pemain tersebut tetapi ia satu perpindahan yang tidak dapat direalisasikan.
Wenger berkata:
“Ianya (perpindahan Lemar) sudah ‘mati’!”
“Monaco sudah menutup pintu mereka selepas kehilangan ramai pemain mereka kali ini sepertti Mendy, Silva dan Bakayoko. Namun saya percaya kami ada pemain yang dalam kualiti Lemar.”