Arsene Wenger: “Saya Mahu Kekal Di Arsenal Untuk 4 Tahun Lagi”

Arsene Wenger mahu jadi pengurus untuk sekurang-kurangnya 4 tahun lagi.

Katanya jiwa mengurus pasukan bola sepak dalam dirinya masih lagi kuat dan beliau berkata itu sahaja perkara yang beliau suka lakukan.

Tiada yang lain

Wenger berkata sedemikian selepas khabar angin beliau akan pergi dari Arsenal semakin kuat.

Namun beliau kini telah nafikan perkara tersebut. Katanya, beliau masih mahu menguruskan pasukan bola sepak dan mahu bersara pada usia 71 seperti apa yang dilakukan oleh bekas pengurus Manchester United – Sir Alex Ferguson.

“Saya 4 tahun lebih muda dari Ferguson dan beliau bersara ketika berusia 71 tahun. Jadi saya mahu lakukan yang sama seperti beliau.”

Satu perkara yang menjadi kerisauan Wenger adalah kehidupan selepas menjadi pengurus. Hal ini kerana, beliau hanya punya satu minat sahaja – mengurus pasukan bola sepak.

“Saya risau akan kehidupan selepas bersara kerana saya tak akan tahu apa yang nak dibuat.”

“Tak macam Ferguson, beliau ada kegemaran lain seperti pergi tonton perlumbaan kuda. Malah beliau kini pensyarah di Harvard University.”

Situasi dalam kalangan penyokong Arsenal mendambakan pemergian Wenger. Namun beliau memberikan bayangan jika beliau mahu terus mengurus, Arsenal merupakan pilihannya.

“Saya tetap memilih untuk menguruskan Arsenal dan keinginan itu sering saya tunjukkan hari-hari.”

Akan dipaksa keluar

Namun begitu, Wenger juga sedar yang dirinya pasti akan dipaksa untuk pergi dari Arsenal pada masa hadapan.

“Saya cukup dewasa untuk faham akan apa situasi yang berlaku.”

Walaupun begitu, dirinya tetap fokus untuk membantu Arsenal untuk menamatkan saingan liga setinggi boleh.

Beliau juga tidak menolak yang kejuaraan Premier League sudah berakhir ketika pasukannya kini sudah 10 mata dibelakang pendahulu – Chelsea.

Wenger menegaskan pasukannya perlu bangkit dan perlawanan menentang Sutton United menjadi medan untuk bangkit semula.

Wenger masih ada lagi peluang untuk lanjutan kontrak sebagai pengurus Arsenal selama 2 tahun. Namun beliau hanya akan sahkan keputusannya pada bulan Mac atau April.

Baca juga: Kerana Polisi Donald Trump, Dwight Yorke Dilarang Masuk Ke Amerika Syarikat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN