Kerana Polisi Donald Trump, Dwight Yorke Dilarang Masuk Ke Amerika Syarikat

Dwight Yorke disekat masuk ke Amerika Syarikat.

Dwight Yorke yang merupakan bekas penyerang Manchester United disekat untuk memasuki ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Beliau yang merupakan duta global bagi Manchester United itu bagaimana pun telah dihalang untuk masuk ke Amerika Syarikat ketika dalam perjalanan untuk ke negaranya – Trinidad & Tobago.

Kerana Iran

Yorke disekat dari memasuki negara Amerika Syarikat ketika beliau dalam transit untuk pulang ke negaranya di Trinidad & Tobago.

Namun begitu, sebaik tiba di Amerika Syarikat. Beliau dihalang dari memasuki negara tersebut kerana paspotnya.

Yorke disekat oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat kerana di dalam paspot beliau terdapat cop dari kerajaan Iran yang menandakan beliau pernah ke Iran satu masa dahulu.

Ketika itu, Yorke ke Iran untuk menghadiri perlawanan amal yang diadakan di sana.

Oleh kerana itu, beliau telah dihalang kerana kerajaan Amerika Syarikat dibawah pimpinan Donald Trump telah menghalang individu yang dari 7 negara Islam ini untuk memasuki Amerika Syarikat.

Negara tersebut adalah Iran, Iraq, Somalia, Libya, Syria, Sudan dan juga Yaman.

Ia adalah sebahagian daripada polisi Trump iaitu melarang beberapa negara daripada memasuki negara beliau.

Sebelum ini ketika era pimpinan Barack Obama, beliau telah memperkenalkan polisi dimana beberapa negara boleh memasuki Amerika Syarikat tanpa memerlukan visa.

Namun kini, Trump telah menghapuskan polisi tersebut dan menyekat kehadiran beberapa rakyat di beberapa buah negara.

Baca juga: Apa Itu Pemantau Bakat (Scouting)? Bagaimana Ia Beroperasi Dalam Bola Sepak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN