Arsene Wenger Bersedih Atas Pemergian Jose Antonio Reyes

Pemergian bekas pemain Arsenal, Jose Antonio Reyes beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) antara Liverpool dan Tottenham Hotspur jelas menyedihkan.

Penyokong bola sepak daripada seluruh dunia, memberikan penghormatan kepada beliau yang turut merupakan bekas pemain Atletico Madrid, Real Madrid dan Sevilla.

Malas bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang bertanggungjawab membawa Reyes ke kelab itu satu masa dahulu turut menzahirkan kesedihan atas berita itu.

Wenger yang menjadi penganalisis di saluran BeIN Sport bagi perlawanan akhir itu menzahirkan rasa sedih ketika siaran langsung berjalan.

“Saya ingin menzahirkan takziah kepada Jose Antonio Reyes yang mengalami kemalangan jalan raya hari ini dan meninggal dunia.”

“Saya ingin memberikan penghormatan kepada beliau dan keluarganya di atas berita ini dan ianya menyedihkan semua yang berada di kelab kami (Arsenal).”

“Ianya adalah detik yang menyedihkan kerana perlawanan akhir UEFA Champions League bakal (sudah) dilangsungkan, dan ianya merupakan saat sedih untuk bola sepak.”

Selain daripada Wenger, Alberto Moreno yang muncul juara UCL bersama Liverpool baru-baru ini mendedikasikan kejuaraan itu buat Reyes yang merupakan bekas rakan sepasukannya di Sevilla.

Malah, Cesc Fabregas yang merupakan rakan sepasukannya di Arsenal satu ketika dahulu turut menyampaikan mesej menyayat hati di atas pemergian pemain itu.

Reyes merupakan sebahagian daripada skuad Arsenal yang merangkul gelaran Invincibles apabila memenangi Premier League tanpa sebarang kekalahan pada 2004.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN