Neymar Hadapi Tuduhan Rogol Wanita Di Paris

Neymar

Ini merupakan satu perkhabaran yang tidak enak untuk didengar.

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar kini telah mengalami masa sukar selepas pemain itu dituduh telah merogol seorang wanita.

Kejadian yang berlaku di Paris, Perancis itu dipercayai terjadi pada 15 Mei yang lalu menyaksikan seorang wanita Brazil telah menjadi mangsa perbuatan terkutuk Neymar.

Semuanya bermula selepas pemain itu dikatakan mendekati wanita itu menerusi atas talian, dan Neymar kemudiannya mengajak wanita itu untuk bertemu.

Wanita itu kemudiannya diterbangkan dari Brazil ke Perancis untuk bertemu Neymar dan ketika bertemu, beliau dirogol oleh pemain itu di sebuah hotel.

Kini, wanita yang tidak dinamakan itu telah melakukan laporan polis di Sao Paolo, Brazil memandangkan Neymar kini berada di negara asalnya.

Neymar kini berada di Brazil untuk bersama skuad kebangsaan bagi melakukan persiapan menjelang Copa America yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Buat masa sekarang, bapa Neymar menafikan yang anaknya terlibat dengan perbuatan terkutuk itu.

Bapanya mengatakan yang beliau mempunyai bukti anaknya tidak bersalah namun ianya tidak didedahkan kepada pihak umum.

Kontroversi ini sememangnya mengejutkan dan kebenaran disebaliknya masih lagi dicari.

Ianya mungkin benar dan mungkin sekadar kontroversi yang direka untuk menggangu fokus Neymar menjelang Copa America.

Diharap, kebenaran akan diketahui tidak lama lagi. Jika benar, sememangnya perbuatan Neymar itu cukup terkutuk.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN