Pochettino Akui Kekalahan Di Tangan Liverpool Cukup Menyakitkan

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mengakui yang kekalahan di tangan Liverpool cukup sukar untuk diterima.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Pochettino mengakui pasukannya perlu terus berjalan walaupun telah menghadapi kekalahan.

“Saya ucapkan tahniah kepada Liverpool kerana telah memenangi UEFA Champions League, mereka cukup hebat dan memiliki musim yang menakjubkan.”

“Sememangnya kekalahan itu cukup menyakitkan, namun kita perlu teruskan.”

Tottenham Hotspur tewas walaupun statistik perlawanan menunjukkan yang mereka menguasai sebahagian besar perlawanan.

Mereka menguasai jumlah penguasaan bola serta mempunyai percubaan tepat ke arah pintu yang lebih banyak berbanding Liverpool tetapi gagap memanfaatkannya.

Bagi Pochettino, walaupun menguasai perlawanan namun itu bukanlah yang paling penting tetapi keputusan di akhir perlawanan menjadi keutamaan.

“Saya akan kelihatan bodoh jika bercakap mengenai penguasaan kami dalam perlawanan ini dari segi penguasaan bola dan percubaan tepat.”

“Percayalah kata saya, perlawanan akhir adalah untuk menang dan bukannya untuk bermain baik kerana tiada orang akan ingat yang kami berhak mendapatkan lebih daripada itu.”

Pochettino telah memberikan musim yang cukup cemerlang buat Tottenham Hotspur musim ini apabila membawa pasukan itu ke perlawanan akhir kejuaraan Eropah.

Lebih menarik, kejayaan itu dilakukan dengan beliau tidak membeli sebarang pemain baharu di dalam skuad dan menggunakan pemain yang sedia ada sahaja.

Walaupun tewas di perlawanan akhir, Tottenham Hotspur akan kembali ke saingan UCL pada musim hadapan selepas menduduki tangga ke-4 Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN