Arsenal vs. Chelsea: Perseteruan Derby London Yang Semakin Panas Di Era Moden

‘Pride of London!’ ataupun ‘Kebanggaan Kota London’, itulah status yang menjadi propaganda digunakan oleh penyokong-penyokong Arsenal dan Chelsea untuk memberitahu mesej bahawa mereka dalam kelab terunggul di London.

pride-of-london6chelsea_pride_of_london_14760

Pada hari ini, Arsenal akan melayan kunjungan Chelsea di Emirates untuk perlawanan derby London ke-190. Ramai pemerhati bola sepak bersetuju bahawa ini adalah perlawanan Derby London yang terbesar terutama selepas era moden.

51 trofi di antara mereka dengan 187 pertemuan telah dilalui oleh Arsenal dan Chelsea di dalam sejarah mereka.

Ia menjadikan perlawanan ini sebagai perlawanan yang menghimpunkan paling banyak trofi berbanding dengan pertemuan di antara kelab-kelab London yang lain.

Sejarah

Derby adalah merujuk kepada perlawanan 2 pasukan daripada bandar ataupun kota yang sama. Di London, terdapat banyak pasukan yang terlibat dengan derby london.

Ini termasuk 2 pasukan yang dianggap paling berpengaruh di kota London pada hari ini iaitu Arsenal dan Chelsea. Derby kedua dua pasukan ini memang sudah lama wujud.

Namun bahangnya semakin panas pada era moden selepas 90-an dan juga fasa selepas era Roman Abramovich di Chelsea. Pada fasa era revolusi biru Chelsea yang diuruskan oleh Mourinho telah mencetuskan permusuhan lebih perit.

Pada fasa ini juga perlawanan derby melibatkan kedua-dua pasukan dilabel selayaknya derby (a proper derby). Arsene Wenger dan Mourinho telah mewujudkan sentimen permusuhan yang tersendiri.

Hasil tinjauan pada sekitar tahun 2000, rata-rata penyokong Arsenal meletakkan nama Chelsea sebagai kelab ketiga yang mereka benci selepas Manchester United dan Tottenham Hotspurs.

Manakala penyokong Chelsea rata-rata meletakkan Arsenal hanya kelab kedua yang mereka benci selepas Tottenham dan Queens Park Rangers.

Namun, pada tahun 2009, hasil tinjaun mendapati penyokong Arsenal rata-rata menyatakan, Chelsea adalah kelab yang paling mereka benci berbanding dengan kelab-kelab lain termasuk Manchester United.

Penyokong Chelsea turut meletakkan Arsenal sebagai musuh utama mereka di kota London.

 

Siapa Paling Berjaya Setakat Ini

Derby ini telah mempertemukan kedua-dua pasukan sebanyak 189 kali. Arsenal unggul dengan kemenangan 72 kali manakala Chelsea berjaya mencatatkan 61 kemenangan dalam perlawanan ini. 54 lagi perlawanan berakhir seri.

Dalam Liga Perdana Inggeris pula kedua-dua pasukan telah bertemu 158 kali. 61 kemenangan berpihak kepada Arsenal dan 50 lagi milik Chelsea.

 

Arsenal telah memenangi 29 kejuaraan dan Chelsea pula menyimpan 22 trofi dalam kabinet mereka.

Di peringkat Eropah Chelsea jauh lebih unggul dengan 5 kejuaraan Eropah dan salah satu daripadanya adalah UCL.

Arsenal tidak pernah menang sebarang kejuaraan UCL namun memiliki 2 trofi di peringkat Eropah.

Rekod pertemuan semasa pula, Chelsea masih belum pernah tewas dalam 5 kunjungan terakhir mereka ke Emirates selepas kali terakhir mereka tewas adalah pada 2010.

Chelsea turut menang dalam 4 daripada 6 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di home dan away.

Fabregas Dan Petr Cech

2 watak ini memang agak signifikan untuk kedua-dua kelab ini kerana mereka berdua pernah menjadi watak penting dalam pasukan yang lama mereka yang juga pasukan lawan masing-masing.

Cesc Fabregas pada satu ketika dahulu seringkali menjadi pemain yang sering dibanding-bandingkan dengan Frank Lampard. Penyokong-penyokong Arsenal sentiasa percaya Cesc adalah bakat yang terbaik.

 

Pada 2014, Cesc Fabregas menyertai Chelsea yang diuruskan oleh Mourinho untuk menggantikan Frank Lampard dalam pasukan Chelsea. Beliau melakukan tugas dengan cemerlang membantu Chelsea menjuarai EPL musim 2014/15.

Pada era moden, terdapat beberapa nama pemain yang melakukan perpindahan ke pasukan bertentangan, misalnya William Gallas, Ashley Cole termasuk juga Cesc Fabregas.

Namun watak Petr Cech tidak nampaknya lebih dihormati oleh penyokong kedua-dua pasukan walaupun beliau menyertai Arsenal terus daripada Chelsea.

Jangan lupa juga dengan Diego Costa, ia pasti menjadi watak tumpuan selepas insiden kontroversi dengan Gabriel musim lalu.

 

Peristiwa-Peristiwa Yang Diingati.

Sejak era Mourinho-Wenger, ada beberapa peristiwa dan drama yang menjadi perbualan dan highlight kepada pertemuan ini.

Berikut kami senaraikan antara 3 peristiwa yang diingati dalam derby ini.

1. ‘Hadiah’ Penampilan ke-1000 Wenger Daripada Mourinho

Pada musim Mac 2014, Arsene Wenger meraikan perlawanan ke-1000 beliau sebagai pengurus. Namun, ia bukan hari yang indah untuk Wenger apabila tewas di tangan Chelsea.

 

Lebih teruk, Chelsea membelasah Arsenal dengan 6-0 pada hari terebut. Ia adalah antara kemenangan yang disifatkan Mourinho paling indah dalam karier beliau.

 

2. Hat trick Van Persie

Sehingga ke hari ini, penyokong-penyokong Arsenal masih lagi merindui kualiti Van Persie walaupun masih ada yang marah dengan perpindahan kontroversi ke Manchester United.

Dari segi kualti, penyokong-penyokong Arsenal pastinya hanya mampu tersenyum sinis apabila beberapa musim ini mereka bergantung kepada Olivier Giroud.

Van Persie banyak kali memberikan aksi magis beliau kepada Arsenal. Dan salah satu daripadanya adalah hat trick ke atas seteru perit mereka Chelsea pada 2011. Arsenal menang 3-5 di Stamford Bridge.

Ia mengingatkan kita kepada hat trick Nwankwo Kanu dalam masa 15 minit untuk membantu Arsenal menang 2-3 ke atas Chelsea setelah ketinggalan 2-0 pada perlawana Piala FA 1997.

3. Wenger Menolak Mourinho

Jika diceritakan permusuhan kedua-dua pengurus ini, terlalu banyak kenyataan kontroversi di antara mereka.

Dalam pertemuan di anara Chelsea-Arsenal pada Oktober 2014, Chelsea mendahului Arsenal dalam perlawanan tersebut. Arsene Wenger kemudian bengang dengan terjahan keras ke atas Alexis Sanchez.

 

Wenger menunjukkan reaksi marah kerana percaya bentesan tersebut patut dikenakan kad merah. Mourinho mulai campur tangan dan kedua-dua pengurus bertegang lidah.

Wenger kemudiannya menolak Mourinho. Pengadil perlawanan meleraikan mereka dan tidak teragak-agak mengarahkan kedua dua mereka keluar dari kawasan teknikal jika beterusan menimbulkan kekecohan.

Selepas perlawanan Wenger menyatakan beliau langsung tidak menyesali perbuatan beliau itu.

Siapa Akan Menang Hari Ini?

Ia adalah perlawanan yang sentiasa penuh intensiti. Pada hari ini, Conte menjadi pengurus Chelsea ke-12 yang beliau yang akan ditentang oleh Arsene Wenger dalam derby ini.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan derby kali ini? Adakah intensiti dan drama perlawanan ini akan terus panas?

Baca juga : Arsenal & Spurs Mulakan Perang North London Derby Dengan Video Throwback Di Official Youtube

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN