Arsenal Kalah, Anggap Pengadil Dan VAR Hanya Memihak Man City

Pembantu Pengurus Arsenal, Albert Stuivenberg dan penjaga gol, Aaron Ramsdale menempelak akan keputusan pengadil perlawanan serta sistem VAR yang tidak konsisten dalam perlawanan sehingga menyebabkan pasukan mereka tewas di tangan Manchester City dengan keputusan 2-1.

Antara yang dikritik mengenai mutu pengadilan, sudah tentu mengenai insiden di separuh masa pertama yang menyaksikan tiada sebarang tindakan diambil kepada penjaga gol City, Ederson yang menjatuhkan Martin Odegaard dalam kotak penalti.

Kelibat pengadil, Stuart Atwell yang mengadili situasi tersebut mengundang kemarahan kem Arsenal yang melihat insiden tersebut perlu diberi tindakan penalti setelah pasti ada sentuhan Ederson ke atas pemain tersebut.

Lebih membuatkan pasukan Arsenal tidak berpuas hati apabila Atwell memberi penalti kepada City setelah Bernardo Silva dikasari oleh Granit Xhaka dalam kotak penalti.

“Penalti yang diberikan kepada City adalah tepat. Namun, saya mencari di mana konsistensi pengadil mengenai perlawanan ini,”jelas Stuivenberg yang mengambil tugas Arteta seketika setelah pengurus tersebut positif Covid-19.

Tambah beliau lagi,”Kita mempunyai sistem VAR dan saya merasakan sangat pelik apabila pengadil sendiri tidak mahu menggunakan dengan baik dalam perlawanan ini. Ia suatu perkara yang amat mengecewakan pihak kami.”

Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale pula tidak menolak bahawa kedua-dua insiden itu wajar diberikan penalti dan bukan hanya kepada lawan. Jelas beliau, jika Atwell melihat VAR ketika Odegaard dijatuhkan mungkin beliau akan membuat keputusan sebaliknya.

Dalam pertemuan semalam, Arsenal mendahului City dengan Bukayo Saka terlebih dahulu meledak gol pertama perlawanan. Namun, segalanya mula tampak tidak menjadi setelah Mahrez mudah menyempurnakan sepakan penalti untuk kembali menyamai kedudukan.

Lebih parah, Arsenal terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pertahanan mereka, Gabriel Maghalaes dilayangkan kad kuning kedua untuk diarah keluar padang. City mengambil peluang yang ada untuk mencatat kemenangan mereka apabila Rodrigo meledak gol terakhir permainan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN