Mano Polking Dedah Perbezaan Chanatip Dan Quang Hai Yang Wajib Pemain Malaysia Sedar

Thailand muncul juara Piala AFF 2020 selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 6-2. Ia adalah kejuaraan keenam skuad Gajah Perang di kejohanan terulung rantau Asia Tenggara ini.

Menang 4-0  di perlawanan akhir pertama, Thailand terus gagah dalam perlawanan timbal balik pada malam tadi untuk menghalang kebangkitan Indonesia sebelum seri 2-2 pada perlawanan timbal balik.

Vietnam tetap curi tumpuan

Walaupun Indonesia yang ditewaskan, soalan daripada wartawan selepas perlawanan pada malam tadi tetap tertumpu kepada perbezaan Thailand dan Vietnam – sebuah lagi pasukan yang dianggap kuasa besar bola sepak Asia Tenggara – yang disingkirkan oleh Sang Juara di saingan separuh akhir.

Malah pengendali Thailand, Mano Polking turut ditanya mengenai perbezaan dua pemain bintang daripada setiap pasukan, iaitu Chanatip Songkrasin (Thailand) dan Nguyen Quang Hai (Vietnam).

Skuad Thailand

Selama ini penampilan kedua-dua pemain di atas padang dilihat sebagai pemain perancang pasukan masing-masing. Tanpa kedua-duanya, Thailand atau Vietnam akan menghadapi masalah.

Tetapi Mano Polking mempunyai pendapat beliau tersendiri mengenai kualiti kedua-dua pemain yang wajar diambil berat oleh pasukan negara – khususnya di kalangan pemain.

Pandangan Mano Polking

Untuk membezakan kedua-dua pemain, Mano Polking berkongsi mengenai pengalamannya yang pernah bekerja bersama kelab di V-League dan Liga Thai.

“Saya mempunyai pengalaman bekerja di Liga Thai dan V-League, dan kedua-dua liga mempunyai masalah sama dengan kelab-kelab bertanding,” kata Polking.

“Saya enggan membandingkan semuanya, tetapi berbanding Liga Thai, V-League harus dibangunkan lagi.

“Liga Thai berjaya menghasilkan pemain yang hebat seperti Chanatip Songkrasin. Tetapi prestasi yang ditampilkan oleh beliau di kejohanan ini adalah hasil daripada pengalaman beliau beraksi di J-League.”

“Nguyen Quang Hai juga adalah produk terbaik daripada V-League, tetapi malang sekali beliau tidak beraksi di luar negara.

“Apa yang saya ingin katakan sebenarnya adalah pemain harus berani dan dibenarkan beraksi di luar negara untuk membenarkan potensi mereka terus berkembang.

“Manakala liga domestik seperti V-League dan Thai League pula perlu mempunyai kesedaran dan mengambil peranan untuk menghasilkan pemain terbaik untuk skuad kebangsaan,” kata beliau lagi.

Apa yang boleh kita pelajari?

Tidak diragukan lagi Chanatip Songkrasin dan Nguyen Quang Hai adalah antara dua produk terbaik bola sepak Asia Tenggara.

Namun seperti yang dikongsikan oleh Mano Polking, pendedahan di luar negara khususnya dengan aksi kompetitif di peringkat yang lebih tinggi akan membezakan pemain mana yang akan lebih menyerlah di masa hadapan.

Liga domestik pula harus memainkan peranan menghasilkan seberapa ramai mungkin pemain tempatan yang mampu menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa hadapan.

Mungkin tiba masanya kelab-kelab Liga Malaysia mengambil langkah yang sama, mendedahkan seramai mungkin pemain muda tempatan dan tidak bergantung kepada tenaga import semata-mata.

Dan selepas itu gunakan saingan di pentas antarabangsa seperti saingan Piala AFF atau pun Piala AFC untuk mencuri perhatian kelab-kelab luar seperti daripada Jepun atau Korea Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN