“Arsenal Bersorak Seperti Menang Kejuaraan Liga” – Ruben Neves

Pemain tengah berpengaruh Wolves, Ruben Neves menyifatkan cara pemain Arsenal meraikan kemenangan semalam seperti pasukan tersebut sudah memenangi kejuaraan EPL musim ini.

Dalam perlawanan kontroversi semalam, The Gunners telah mengetepikan cabaran Wolves dengan keputusan 0-1 di gelanggang lawan hasil jaringan Gabriel Maghalaes di minit ke-25 sebelum mereka terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain pada minit ke 69 setelah Gabriel Martinelli dikeluarkan atas layangan kad merah.

Kemenangan tersebut menjadi kemenangan pertama buat Arsenal pada tahun ini dan melonjak pasukan tersebut menaiki tangga kelima carta liga.

“Kami melihat cara mereka meraikan kemenangan tersebut dan itu menunjukkan perbezaan tahap antara kami dan mereka

“Saya tak pernah lihat Arsenal sebegitu rupa meraikan kemenangan dalam 10 tahun yang lalu. Ia seperti mereka telah menjuarai liga,” jelas pemain kebangsaan Portugal itu menerusi BBC Sport.

Gabriel meledak gol hasil umpanan penyerang utama mereka, Alexandre Lacazette dalam situasi sepakan sudut untuk memacu Arsenal menggapai kemenangan pertama mereka sejak enam perlawanan lalu untuk menghampiri West Ham yang beraksi lebih dua perlawanan.

Wolves yang kini berada di tangga kelapan liga menyangkakan Lacazette sudah pun mengasari penjaga gol mereka, Jose Sa sebelum gol tercetus.

“Kami sudah membuat yang terbaik, tetapi kami masih sukar untuk mencipta sebarang peluang gol dan mensia-siakan banyak peluang menerusi sepakan percuma,” tambah Neves.

“Keputusan gol mereka masih menjadi keraguan kami sama ada sah atau tidak. Tapi itulah bola sepak. Kami perlu sentiasa biasakan diri dengan situasi sebegitu.

“Banyak yang perlu kami tingkatkan mengenai peluang untuk meledak gol. Ini kerana kami berjaya mencipta peluang tetapi masih belum cukup bagus untuk menyudahkan dalam bentuk gol bagi mengatasi lawan.

“Saya boleh terima kekalahan dan keputusan gol tersebut. Tetapi agak ragu buat saya kerana kadangkala bentuk gol sedemikian diterima dan kadangkala tidak diterima dalam mana-mana perlawanan. Mereka perlu tetapkan keputusan yang sama dalam setiap perlawanan kerana itu amat mengecewakan kami,” ulas Neves pada akhir sekali.

Sumber:
BBC Sport

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN