5 Aksi Menarik Bola Sepak Eropah Yang Bakal Menggegarkan Anda!

Februari telah tiba dan ianya menjadi bulan kedua paling menarik perhatian pengikut bola sepak Eropah selepas Januari. Dengan adanya sooka, anda akan tahu kenapa.

Hal ini kerana, selepas pelbagai drama dalam jendela perpindahan Januari, penyokong akan disajikan dengan pelbagai aksi menarik bola sepak pada Februari.

Jika anda sudah sedia ikut aksi Premier League, pastinya anda akan menjadi lebih teruja kerana Februari menandakan bahagian kedua aksi bola sepak Eropah akan bersambung.

UEFA Champions League (UCL), Europa League (UEL) dan Europa Conference League (UECL) kesemuanya akan bersambung dengan aksi-aksi peringkat kalah mati akan dijalankan.

Kesemua kejohanan Eropah termasuk Premier League mempunyai pelbagai perlawanan menarik pada bulan ini dan kesemuanya anda boleh saksikan di sooka hanya dengan melanggani VIP+Sports Pack daripada sooka dengan harga serendah RM41.90 sebulan.

Tapi kalau anda nak layan secara pay-per-view pun boleh juga serendah RM7.90 sahaja bagi setiap perlawanan Premier League pilihan anda!

Jom kita lihat lima perlawanan menarik yang boleh anda tonton bulan ini. Jom!

Leeds United vs Manchester United (Premier League)

Pertembungan dua musuh lama ini akan memasuki babak kedua pada Februari selepas perlawanan pertama diadakan pada Ogos.

Leeds pastinya ingin membalas dendam kekalahan memalukan mereka di Old Trafford selepas kecundang 5-1.

Mereka juga cuba untuk mengubati kedukaan kalah 6-2 pada lawan yang sama pada musim lalu. Namun semua itu ketika era Ole Gunnar Solskjaer.

Kini, Ole pun sudah tiada jadi persoalan tertumpu mampukah United meneruskan rentak kemenangan mereka menentang Leeds dibawah kendalian Ralf Rangnick.

Tetapi dengan prestasi yang tidak menentu, berkemungkinan Leeds mampu mencuri sesuatu daripada perlawanan ini.

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 14: Bruno Fernandes of Manchester United celebrates with Dan James during the Premier League match between Manchester United and Leeds United at Old Trafford on August 14, 2021 in Manchester, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images,)

Atletico Madrid vs Manchester United (UEFA Champions League)

Salah satu daripada tiga aksi menarik UCL bulan ini melibatkan Atletico Madrid dan Manchester United.

Kedua-dua pasukan dilihat mengharungi kempen liga yang tidak begitu baik jadi jangan terkejut kalau jika  mereka begitu serius untuk memburu kejuaraan Eropah.

Bruno Fernandes pun tempoh hari ada mengatakan yang United boleh menjuarai UCL musim ini. Tapi untuk melakukannya mereka harus lepasi cabaran sukar Atletico dahulu.

Inter Milan vs Liverpool (UEFA Champions League)

Pertembungan dua jaguh bola sepak Eropah ini pastinya menarik perhatian ramai dengan ianya ibarat mengimbau semula pertemuan klasik melibatkan dua kelab ini satu masa dahulu.

Inter Milan yang kini berada di tangga kedua Serie A pastinya datang dengan keyakinan tinggi dan bersedia untuk membalas dendam diatas kekalahan mereka ditangan Liverpool pada kali terakhir dua kelab ini bertemu di saingan Eropah.

MILAN, ITALY – MARCH 11: Fernando Torres (R) of Liverpool celebrates with teammate Steven Gerrard (L) after scoring the opening goal (0-3 agg) during the UEFA Champions League first knockout round, second leg match between Inter Milan and Liverpool at the San Siro on March 11, 2008 in Milan, Italy. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Tetapi Liverpool pastinya tidak mahu memberikan jalan mudah kerana mereka juga mahu terus cemerlang dalam saingan UCL. Kini dengan adanya ‘senjata’ baharu iaitu Luis Diaz, Inter harus berjaga-jaga!

Paris Saint-Germain vs Real Madrid (UEFA Champions League)

Boleh dikatakan sebagai pertembungan paling hangat untuk aksi UCL, dua pasukan yang sedang memimpin Ligue 1 dan La Liga akan bertemu sesama sendiri.

Perlawanan ini pastinya akan menjadi tumpuan terutamanya dengan Sergio Ramos akan bertarung menentang bekas kelabnya yang menjadikan beliau bintang dunia.

PARIS, FRANCE – JANUARY 23: Sergio Ramos #4 of Paris Saint-Germain warms up before the Ligue 1 Uber Eats match between Paris Saint-Germain and Stade de Reims on January 23, 2022 at Parc des Princes in Paris, France. (Photo by Catherine Steenkeste/Getty Images)

Selain Ramos, Lionel Messi juga akan kembali menentang lawan yang cukup beliau kenali ketika beraksi di Sepanyol bersama-sama Barcelona.

Aksi perlawanan ini juga bakal menyaksikan PSG akan sekali lagi cuba untuk memenuhi impian untuk menjulang kejuaraan Eropah selepas berjaya merangkul segala yang dipertandingkan di Perancis.

Barcelona vs Napoli (Europa League)

Penyingkiran Barcelona dan Napoli daripada UCL memberi kejutan kerana reputasi dua kelab ini.

Namun, penyingkiran mereka memberikan rahmat kepada UEL apabila kedua-dua pasukan diundi untuk bertemu sesama sendiri.

Pertembungan dua pasukan ini terus diangkat sebagai tie of the round bagi saingan UEL mengatasi pertembungan lain seperti Lazio menentang Porto atau Rangers bertemu Borussia Dortmund.

Apa yang pasti, salah satu gergasi ini akan tersingkir tetapi yang mana satu?

Saksikan semuanya di sooka!

Kami sedar yang kesemua aksi kejohanan Eropah diadakan pada awal pagi. Lebih menyedihkan kita semua tak dapat tonton bersama-sama kawan di kedai mamak.

Tetapi dengan sooka, anda boleh hidupkan semula vibe tonton bola di mamak bersama kami!

Kalau anda tak tahu, sooka merupakan aplikasi strim terkini yang menawarkan pelbagai jenis rancangan yang menarik untuk anda.

Tapi yang paling syok sooka ini dia ada pelbagai siaran langsung strim aksi sukan menarik dari seluruh dunia seperti bola sepak, badminton dan juga sepak takraw!

Dengan sooka, anda boleh tonton kesemua aksi-aksi ini sambil ajak kawan-kawan tonton bersama di rumah sambil ditemani snek kegemaran anda.

Bila buat macam itu, barulah terasa vibe macam tengok di kedai mamak!

Lebih menarik, anda juga boleh layan perlawanan pasukan kegemaran anda di mana-mana sahaja pada telefon pintar anda. Barulah macam ikut gaya terkini!

Langgan sekarang pakej VIP+Sports Pack dan tonton pelbagai aksi sukan kegemaran anda tanpa gangguan iklan dengan hanya RM41.90 sahaja.

Nak tengok perlawanan tertentu sahaja? sooka boleh tolong!

Anda juga boleh saksikan aksi pasukan kegemaran anda menerusi pilihan tontonan secara pay-per-view serendah RM7.90 sahaja!

Layari https://sooka.my/en untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN