Klopp Terpukau Melihat Aksi Debut Luis Diaz Bertemu Leicester

Jurgen Klopp mengaku yang beliau sendiri sangat terkejut dengan kehebatan Luis Diaz ketika aksi debutnya bertemu Leicester City dalam saingan Premier League.

Beliau seakan-akan tidak percaya yang Diaz mampu mempamerkan aksi persembahan sehebat itu dan langsung tak nampak seperti beliau baru pertama kali beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Dua gol jaringan Diogo Jota sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan 2-0 Liverpool menewaskan Leicester City di Anfield awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, antara yang paling mencuri perhatian dalam perlawanan tersebut adalah aksi hebat yang dipamerkan oleh penandatanganan Januari kelab, Luis Diaz.

Tidak boleh dinafikan lagi yang Luis Diaz merupakan pemain yang paling berprestasi dalam perlawanan tersebut, dan aksi hebatnya bahkan turut mendapat perhatian dari pengurusnya.

Pemain berusia 25 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds selepas beliau dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi bertemu Cardiff City minggu lalu.

Tidak mengejutkan juga untuk melihat bagaimana Diaz memberi masalah kepada pemain full-back Leicester, James Justin yang perlu bekerja keras dalam perlawanan ini untuk mengawalnya.

Jurgen Klopp sendiri sangat berbangga dan terharu dengan tahap persembahan yang dipersembahkan oleh Diaz dalam perlawanan tersebut.

“Ia mengejutkan saya juga.”

Jelas pengurus dari Jerman itu.

“Itulah bagaimana kita lihat dia ketika sesi latihan jadi kami fikir apa salahnya kami bagi dia peluang untuk beraksi.”

“Kami bagi dia peluang untuk bermain dan dia jelas sekali melihat kami dan kami hanya menunjukkan kepada dia tentang beberapa situasi tapi dia nampak semula jadi tahu semuanya.”

“Ia sangat pantas, aksi babak pertama yang sungguh luar biasa, sangat menakjubkan dan dia terlibat dengan begitu banyak detik bola sepak yang hebat, persembahan yang sangat, sangat bagus.”

Diaz sebelum ini sudah hampir untuk menyertai Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan Januari baru-baru ini, namun Liverpool berjaya sailang rundingan tersebut di saat-saat akhir.

Jelas sekali Diaz bakal memberi saingan yang sengit kepada Sadio Mane untuk mengisi posisi sayap kiri dalam skuad Liverpool.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1491902920702500869?t=eYrNwxJUOBkS6G0vSsuFMw&s=19

Liverpool pada ketika ini sembilan mata di belakang pendahulu saingan Premier League, Manchester City dengan mereka mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Diogo Jota jelas sekali berjaya memikul skuad The Reds di atas bahunya ketika ketiadaan Mohamed Salah dan Sadio Mane yang berada di Cameroon untuk beraksi dalam saingan AFCON.

Pemain kebangsaan Portugal itu berjaya menjaringkan 12 gol dalam saingan Premier League pada ketika ini, dan beliau sekali lagi menjadi wira Liverpool dengan meledak dua gol untuk membantu The Reds menewaskan Leicester City.

Klopp sendiri turut memuji aksi hebat yang dipamerkan oleh Jota sepanjang musim ini, dan turut mengagumi usaha bintang Portugal itu yang berjaya meledak dua gol dalam perlawanan tersebut.

“Gol kedua itu sememangnya gol yang menakjubkan. Gerakan dari serangan pantas. Saya sukakan itu. Jota dengan detik yang bijak itu berjaya meletakkan bola ditempat yang betul.”

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1491919540984365057?t=1QAD6SLAkBGhVcDMX83IQw&s=19

“Gol pertama itu memang kalau kamu sedang ada dalam momentum untuk menjaringkan gol, kamu akan ada di situ. Dia ada dalam situasi itu. Sangat gembira untuk dia dan kami.”

“Kami boleh rasa ia akan berlaku. Dia bukan mengemis atau apa saja dan kami bukan dapatkan dia secara percuma! Tapi kami ada harapan. Dia pemain yang masih muda.”

“Kami cipta lebih banyak peluang berbanding apa yang Wolves lakukan dari semua aspek. Kami dari awal sudah jangka yang dia akan menjadi pemain yang luar biasa. Dia memang pemain yang hebat tapi kini sudah semakin membaik.”

Klopp turut menegaskan yang Liverpool akan terus berusaha untuk mencabar gelaran liga, walaupun beliau sedar Manchester City sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu masih belum mencatatkan sebarang kekalahan sejak Oktober lalu dan mereka baru sahaja menewaskan Brentford 2-0 kemarin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN