Arbeloa: Saya Menghitung Hari Menunggu Lionel Messi Bersara Dari Bola Sepak

Bekas pertahanan Real Madrid, Alvaro Arbeloa menyatakan bahawa dirinya tidak sabar menantikan saat-saat Lionel Messi memutuskan untuk bersara dari dunia bola sepak.

Arbeloa merupakan produk dari akademi Real Madrid. Beliau mula berperanan dalam skuad utama selepas kembali direkrut dari Liverpool pada tahun 2009.

Tujuh musim bersama Real Madrid, Arbeloa telah melakukan sebanyak 237 penampilan dalam semua pertandingan.

Arbeloa sendiri mengakui kehebatan yang dimiliki Messi yang dianggapnya sebagai pemain terbaik bola sepak sepanjang zaman.

MADRID, SPAIN – AUGUST 29: Leo Messi of FC Barcelona duels for the ball with Alvaro Arbeloa of Real Madrid during the Supercopa second leg match between Real Madrid and Barcelona at Estadio Santiago Bernabeu on August 29, 2012 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Namun disebalik itu, Arbeloa meluahkan bahawa dirinya tidak gembira melihat aksi ‘magis’ bintang Argentina itu bersama Barcelona.

“Saya sangat menghormati Barcelona, mereka adalah pasukan hebat dengan pemain hebat seperti Lionel Messi,” ujar Arbeloa.

“Dia [Messi] sangat bagus, namun, saya tidak gembira melihat aksinya dan selama manapun ia tidak akan terjadi. Saya berharap tidak lama lagi, dia akan bersara. Saya menghitung hari [hingga Messi bersara],” kata Arbeloa.

Bukan Anti-Barca

Bercakap dalam sebuah rancangan TV tempatan, El Chiringuito, beliau yang kini berusia 36 tahun itu bagaimanapun menegaskan bahawa dirinya bukan anti kepada pasukan Barcelona.

“Saya bukan anti-Barcelona. Saya selalu ingin mereka kalah kerana perkara itu memberikan kesan kepada Real Madrid.”

“Penyokong Real Madrid tidak anti-Barcelona, tetapi saya berharap mereka akan kalah dalam perlawanan esok,” tutur Arbeloa.

BARCELONA, SPAIN – JANUARY 25: Lionel Messi (L) of FC Barcelona tries to play the ball past Alvaro Arbeloa (R) of Real Madrid in between during the Copa del Rey quarter final second leg match between Barcelona and Real Madrid at Camp Nou stadium on January 25, 2012 in Barcelona, Spain. (Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Ditanya kepadanya, apakah beliau mahu melihat Barcelona tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Ini jawab Arbeloa;

“Apakah saya ingin mereka tersingkir di Liga Juara-Juara Eropah? Sudah tentu ya, musuh [Madrid] akan berkurang satu. Barcelona selalu menjadi pasukan yang memberi tentangan, mereka pasukan hebat. Saya selalu ingin menewaskan mereka.”

Kata Arbeloa lagi, “Saya sentiasa memerhatikan aksi ‘panas’ yang berlaku dalam perlawanan El Clasico.

“Bahkan saya pernah menyaksikan tangan Zinedine Zidane berada di leher Luis Enrique.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN