Oldham Menang Besar, Scholes Cemerlang Tugasan Pertama

Ramai yang menanti debut Paul Scholes sebagai pengurus di Oldham Athletic. Mana tidaknya, Scholes sendiri merasakan beliau akan menjadi sasaran pengkritik pula selepas lantang mengkritik sebelum ini.

Scholes bersetuju untuk menjadi pengurus Oldham pada Isnin lalu dengan kontrak 16 bulan.

Paul Scholes menuju ke kawasan teknikal dengan diberikan sorakan gemuruh oleh penyokong Oldham yang menyanyikan nama beliau serta lagu Blue And White Army.

Debut Paul Scholes cemerlang dengan memberikan impak yang segera. Scholes meraikan kemenangan 4-1 Oldham Athletic ke atas Yeovil Town di League Two.

Scholes menunggu sehingga masa kecederaan separuh masa pertama untuk melihat gol pertama pemain beliau dalam karier pengurusannya.

Bekas pemain Everton, Jose Baxter menyempurnakan ciptaan peluang hasil daripada aksi menarik Gevaro Nepomuceno dan Johan Branger. Baxter tenang meleretkan bola untuk memberikan senyuman kepada Paul Scholes.

6 minit selepas sepak mula separuh masa kedua Callum Lang menambah 1 lagi gol untuk Oldham Athletic. Yeovil merapatkan jurang gol selepas itu.

Namun begitu Mohamed Maouche dan Christopher Missilou menambah 2 lagi gol untuk memastikan Oldham menang 4-1. Sekaligus memberikan kemenangan bergaya kepda Scholes pada hari debut beliau sebagai pengurus.

Tamat perlawanan Scholes memuji aksi anak-anak buahnya yang disifatkannya sebagai menghiburkan. Beliau juga berkata, ianya satu kelegaan dan beliau boleh tidur nyenyak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN