Liga Malaysia akan kembali dibenarkan berlangsung bermula pada 5 Mac depan dengan protokol ‘sport bubble’ dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Ia adalah salah satu usaha yang digerakkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi membolehkan kejohanan sukan untuk kembali dilangsungkan. Apakah itu ‘sport bubble’ atau gelembung sukan?
Kebanyakkan kejohanan sukan di luar negara dilihat sudah mengamalkan konsep ini antaranya National Basketball Association (NBA), yang ternyata berkesan dalam menangani penularan pandemik COVID-19 di kalangan warga sukan.
Local #Disney exec Faron Kelley retells how The NBA Bubble, MLS Bubble kept #sports alive despite #COVID19. What did you learn from the Bubble?@WaltDisneyWorld @NBA @MLS #Orlando https://t.co/HXsTs58io4
— L.A. Business First (@LABusinessFirst) January 21, 2021
‘Sport Bubble’ pertama adalah NBA
Ia dijalankan untuk tempoh tiga bulan iaitu dari bulan Julai hingga Oktober lalu bagi menghabiskan baki lapan perlawanan dan pusingan play-off. ‘Sport bubble’ NBA telah diwujudkan di Walt Disney World Resort di Florida dengan SOP yang ketat.
Antara protokol dan SOP yang diperkenalkan oleh pengurusan NBA ketika itu adalah, pasukan dibernarkan membawa masuk ke dalam gelembung sukan itu seramai 35 orang termasuk pemain dan pegawai pasukan yang terlibat dan mereka akan tinggal di hotel yang telah ditetapkan sehingga selesai dua kali ujian calitan COVID-19.
Sepanjang berada dalam gelembung sukan itu, tidak ada pemain atau pegawai yang terlibat dibenarkan untuk keluar melainkan terdapat perkara-perkara kecemasan dan apabila mereka mahu memasuki semula kawasan itu selepas selesai urusan luar, mereka perlu menjalani semula ujian calitan dan tempoh kuarantin 10 hingga 14 hari.
Konsep ini ternyata membantu dan berkesan dalam usaha mereka menghabiskan baki perlawanan namun, kos yang terlibat dianggarkan mencecah RM727 juta.
Including tonight, the NBA played 172 games over three months and had ZERO positive coronavirus tests. pic.twitter.com/2HoWO4JvES
— Front Office Sports (@FOS) October 12, 2020
Bagaimana di Liga Malaysia?
Dengan kos yang terlampau besar, mungkin pihak kementerian terpaksa memikirkan atau membentuk kaedah lain yang sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Menurut laporan Bernama TV, salah satu rujukan mereka adalah kaedah yang dibuat oleh Thailand ketika menganjurkan tiga kejohanan badminton baru-baru ini.
Menurut Reezal Merican, pihaknya dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) masih mengkaji bagaimana pelaksanaan ‘sport bubble’ yang sesuai untuk Liga Malaysia. Setakat ini sudah diumumkan kaedah untuk latihan berpusat.
Dalam mesyuarat yang dianjurkan Malaysian Football League (MFL), Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail sendiri telah memberikan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan program latihan berpusat yang akan bermula pada Isnin.
Program latihan berpusat akan dilaksanakan di mana tempat latihan dan pergerakan pemain adalah terkawal mengikut model gelembung sukan. Penginapan pemain perlulah mengikut SOP sama ada ‘Camp Quarantine’ atau ‘Home Quarantine’.
KBS initiates sports bubble to stir activities – The Malaysian Reserve https://t.co/vMfMbfssZE pic.twitter.com/2e1SKJ0WZ3
— sepaktakraw bot (@KSepaktakraw) January 12, 2021
‘Camp Quarantine’ atau ‘Home Quarantine’
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, mekanisme ‘Camp Quarantine’ bermaksud menempatkan pemain dan pegawai dalam satu tempat sepenuh masa dan mereka akan menjalani ujian calitan di venue berkenaan.
“Sementara ‘Home Quarantine’ pula menumpukan pemain serta seluruh isi keluarga wajib menjalani ujian calitan selain SOP lebih ketat termasuk larangan orang luar menziarahi mereka sepanjang tempoh kuarantin,” jelas Ab Ghani lagi.
Menurut Reezal Merican, perbincangan melibatkan kementerian, MSN, MFL dan semua kelab sedang giat berlangsung dalam mencari kaedah yang praktikal.
Ujarnya, “Pada waktu ini perbincangan juga dirujuk kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), mereka juga telah diberi pandangan supaya model yang kita buat, bukan hanya model selamat tapi praktikal.”
Jadi, setakat ini, apa yang kita tahu, satu model ‘sport bubble’ untuk penganjuran semula Liga Malaysia sedang dibincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Apa yang dimaklumkan ketika ini adalah pelaksanaan latihan berpusat dengan dua mekanisme itu yang akan turut digunapakai untuk sesi perlawanan persahabatan.
KREDIT FEATURED IMAGE: Arivarasu M
Baca lagi artikel lain mengenai Liga Malaysia 2021:
5 Perkara Tentang Aplikasi Terbaharu Bola Sepak Negara Oleh MFL, Shoot!