Apa Yang Firmino Beritahu Klopp Sebelum Memutuskan Untuk Tinggalkan Anfield

Wartawan Sky Sports Jerman, Florian Plettenberg mendedahkan isi kandung perbincangan antara Jurgen Klopp dengan Roberto Firmino berkait masa depan bintang Brazil itu di Anfield.

Kemarin Plettenberg melaporkan yang Firmino sudah memberitahu Klopp bahawa beliau mahu meninggalkan Liverpool selepas lapan tahun beraksi bersama gergasi Merseyside itu.

Kontrak bintang Brazil itu akan tamat pada musim panas ini dan Klopp sendiri sebelum ini sudah mendedahkan bahawa beliau sangat berharap agar Firmino bakal melanjutkan kontraknya bersama kelab.

Kedua-dua Klopp dan Firmino sudah memulakan rundingn sejak bulan lalu lagi dengan ejen pemain penyerang itu, Roger Wittman memberitahu Sky Jerman bahawa rundingan mereka berjalan dengan sangat baik.

Namun begitu, kini pemain berusia 31 tahun itu sepertinya sudah memilih jalan lain untuk masa depannya.

Selepas berjaya membantu Liverpool memenangi tujuh piala sejak dari awal beliau menyertai kelab pada tahun 2015 yang lalu, Firmino akhirnya memilih untuk tidak melanjutkan kontraknya bersama kelab.

Bercakap kepada Sky Sports News, Plettenberg mendedahkan secara terperinci tentang apa yang Firmino beritahu Klopp sebelum akhirnya bintang Brazil itu memutuskan untuk pergi.

“Hari ini, ada sesi latihan. Saya diberitahu yang Firmino pergi berjumpa Jurgen Klopp secara peribadi berkait masa depannya.”

Jelas Plettenberg.

“Itu sangat penting untuk pemain, kerana mereka memang ada hubungan yang sangat-sangaat baik.”

“Dia beritahu Jurgen Klopp yang dia mahu ambil langkah baru bersama keluarganya pada musim panas nanti, dan ia merupakan perbincangan yang sangat positif dan jelas.”

“Saya telah diberitahu yang Firmino beritahu Klopp, ‘Saya akan berjuang untuk Liverpool hingga ke akhirnya’. Dia masih belum memilih kelab lain lagi, dia masih terbuka. Dia akan buat keputusan tentang kelab barunya dalam tempoh beberapa minggu lagi.”

Firmino dikatakan sangat berharap agar beliau akan setidak-tidaknya mampu membantu Liverpool untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu pada ketika ini enam mata dipisahkan dari Tottenham Hotspur yang kini sedang berada di kedudukan keempat.

The Reds selepas ini akan turun beraksi bertemu Manchester United di Anfield dan jelas sekali Liverpool sangat terdesak mahu menewaskan Red Devils.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN