Baru-baru ini, Konami telah membuat kejutan dengan mengumumkan yang siri Pro Evolution Soccer (PES) kini tiada lagi.
Ianya boleh dianggap sebagai ‘mati’ oleh orang ramai selepas mereka mengumumkan PES kini dijenamakan semula sebagai eFootball.
Perkara tersebut mungkin dilihat sebagai sekadar perubahan nama sahaja tetapi ianya tidak kerana Konami mengumumkan yang perubahan secara menyeluruh.
Mereka mengubah model perniagaan permainan tersebut dengan menjadikan ianya adalah percuma untuk dimainkan atau free2play.
#eFootball™ is on a path to change football gaming forever, and it doesn't stop at launch.
As an evolving platform, we will deliver regular updates and upgrades to players. Including more modes in the future.
Here's our first dev roadmap: https://t.co/5531iazNTu pic.twitter.com/g48vLxLD5z
— eFootball (@play_eFootball) July 21, 2021
Konami mengambil model permainan-permainan percuma yang berjaya diluar sana seperti Mobile Legends dan Fornite dengan dijangka akan ada transaksi mikro berlaku di dalamnya.
Ini menyaksikan yang Konami bakal menuju kepada permainan video yang cenderung kepada mod dalam talian dan ini membangkitkan persoalan.
Apa yang akan terjadi kepada mod permainan tradisional kegemaran peminat PES seperti Master League?
Menurut Konami, Master League akan dikekalkan namun ianya hanya akan muncul selepas eFootball dilancarkan pada sekitar September ini.
Ini bermaksud yang Master League akan hadir sebagai kandungan boleh dimuat turun atau downloadable content (DLC) yang dimana peminat perlu membayar untuk mendapatkannya.
#eFootball ™ cross-platform online matches will be further improved with a new engine and adjusted to take *full* advantage of each platform.
In addition, offline modes such as "Master League" will be sold in the future as optional DLC on all compatible devices.
— eFootball (@play_eFootball) July 22, 2021
Ini turut bermakna yang mod seperti Become A Legend turut hadir sebagai DLC dengan kedua-dua mod ini termasuk MyClub akan diberi nafas dan nama baharu.
eFootball akan hadir secara percuma di semua platform termasuklah konsol, PC dan telefon pintar dan Konami menyasarkan sasaran tinggi selepas ini.
Mereka memasang impian untuk menjadikan permainan ini boleh dimainkan merentasi pelbagai platform atau cross-platform.
Baca juga artikel kami yang lain:
Manchester United Kini Sedia ‘Sailang’ Ruben Neves Dari Arsenal
Louis Van Gaal Bakal Kembali Kendali Skuad Belanda Sekali Lagi