Anugerah Puskas Milik Daniel Zsori, Atasi Gol Messi dan Quintero

Bintang muda kelahiran Hungary, Daniel Zsori menggondol Anugerah Puskas 2019 selepas jaringannya dipilih sebagai gol terbaik pada majlis Anugerah Best FIFA yang berlangsung pada Isnin di Milan.

Zsori yang kini bermain untuk kelab Hungary, Fehervar menjaringkan gol tersebut ketika menentang Ferencravos dalam saingan Liga Hungary di mana pada waktu tersebut beliau masih mewakili pasukan Debrecen.

Keputusan ini sekaligus mengetepikan saingan dua lagi calon akhir lain iaitu Lionel Messi (Barcelona) dan Juan Fernando Quintero (River Plate).

Messi yang meraih anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA pada malam itu menjadi pemain yang kerap tersenarai dalam calon akhir bagi Anugerah Puskas yang diperkenalkan sejak 10 tahun lepas.

Namun nasib sekali lagi tidak menyebelahi kapten Barcelona tersebut sekalipun ramai pihak menjangkakan beliau boleh menang hasil jaringan menariknya ketika menewaskan penjaga gol Real Betis, Pau Lopez.

Kredit Foto: FIFA TV

Bulan lepas, FIFA telah menyenarai pendek 10 gol untuk diundi oleh peminat bola sepak di seluruh dunia bagi mengundi tiga gol terbaik. Pemenang akhirnya ditentukan oleh pakar-pakar dan lagenda FIFA.

Zsori yang baru berusia 18 tahun ketika menjaringkan gol berkenaan bermain dalam perlawanan pertamanya untuk Debrecen.

https://www.youtube.com/watch?v=IR3ik6wPXbA&feature=youtu.be

Selepas dimasukkan sebagai pemain gantian, beliau cuma memerlukan beberapa minit sahaja untuk memperkenalkan dirinya dalam arena bola sepak dunia dengan jaringan kemenangan pasukannya pada minit ke-93 melalui sepakan gunting yang menakjubkan itu.

Zsori yang lahir pada tahun 2000 juga menjadi pemenang pertama anugerah ini yang dilahirkan pada zaman milenium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN