Anugerah Persatuan Sukan Dinamik Merupakan Satu Pengiktirafan Untuk FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) lakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2017, Khamis ini.

Menurut setiausaha agung FAM, Dato Haji Hamidin Mohd Amin  berkata, beliau mengucapkan terima kasih dan menganggap anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan FAM yang diterajui oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

“Saya sebagai mewakili Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berterima kasih dan bersyukur di atas pemilihan FAM sebagai penerima Anugerah Persatuan Sukan Dinamik bagi Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2017 yang akan berlangsung pada Khamis ini.

“Pengiktirafan ini jelas tepat pada masanya ketika FAM kini dalam proses transformasi menuju era baharu di bawah kepimpinan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden FAM yang baharu sejak hampir setahun lalu.

“Sudah tentu pengiktirafan ini mampu untuk terus menyuntik semangat kami di FAM dalam usaha memperkemas struktur pentadbiran, prestasi pasukan-pasukan kebangsaan, pendidikan kejurulatihan serta penganjuran pertandingan bagi memastikan FAM kekal dalam kelompok persatuan sukan terbaik di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi FAM.

Menurut Presiden SAM, Ahmad Khawai Isa, pemilihan FAM itu berdasarkan kepada pengiktirafan bahawa pelbagai program pembangunan bakat muda yang diusahakan badan induk berkenaan kini berada di landasan tepat.

“Pencapaian itu wajar diakui kerana ia peningkatan ketara selepas sekian lama bola sepak negara tidak berjaya untuk beraksi di peringkat tinggi secara kerap.

“Saya percaya pengiktirafan ini akan menjadi pendorong kepada usaha lebih mantap FAM untuk menggapai misi jangka panjang meletakkan bola sepak negara di tahap yang layak dibanggakan,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Skuad Malaysia B-23 lakar sejarah mara ke suku akhir AFC B-23 bulan lepas. Foto: Facebook FAM.

FAM mencipta pelbagai kejayaan apabila tiga pasukan muda negara melakar sejarah tahun lalu dengan melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Tiga skuad muda negara yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok elit benua itu ialah Skuad Bawah 23 Tahun, Bawah 19 Tahun dan Bawah 16 Tahun.

FAM juga menjalin kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) yang menjadi kilang penghasilan bakat muda secara berterusan.

SAM memberikan pengiktirafan kepada seluruh warga sukan negara menerusi penganjuran Majlis Anugerah SAM-100 PLUS 2017 yang akan berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Khamis ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN