Cristiano Ronaldo Idam Tiga Lagi Gelaran Ballon D’Or Sebelum Bersara

Cristiano Ronaldo

Bintang Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo kini sedang menikmati segala yang diinginkannya dalam karier bola sepak, tetapi beliau sudah pastinya mahu terus cemerlang menyumbang sesuatu buat pasukan.

Ronaldo berkata beliau telah mencapai hampir semua impiannya dalam sukan nombor satu dunia ini tetapi masih mahu memenangi tiga lagi  Ballon d’Or sebelum bersara dalam arena bola sepak.

Pemain berusia 33 tahun itu telah terpilih sebagai pemain terbaik dunia pada tahun 2017 sekaligus menyamai pencapaian lima kali yang diraih musuh tradisinya dari Barcelona, Lionel Messi.

Ronaldo telah memenangi empat kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan Kelab Piala Dunia,  serta meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan La Liga sepanjang karier hebatnya bersama Manchester United dan Real Madrid.

Sementara itu, Ronaldo juga beranggapan akan gembira sekiranya dapat bersara pada ketika ini namun, beliau percaya masih mampu untuk mencipta beberapa kejayaan lagi sebelum sampai masa buatnya untuk menggantung kasut bolanya.

Cristiano Ronaldo
MADRID, SPAIN – FEBRUARY 24: Cristiano Ronaldo of Real Madrid celebrates after scoring his team’s 3rd goal during the La Liga match between Real Madrid and Deportivo Alaves at Estadio Santiago Bernabeu on February 24, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

”Sekiranya saya menamatkan karier ketika ini, saya sudah pasti akan sangat gembira tetapi jika saya dapat memenangi dua atau tiga lagi gelaran Ballon d’Or, saya akan lebih gembira dalam kehidupan.”

”Dan seandainya saya tidak memenanginya pun, saya sudah memenanginya sebanyak lima kali tetapi saya masih mempunyai keyakinan dan kekuatan untuk bersaing merebut gelaran tersebut. Ianya bergantung kepada kejuaraan yang akan kami menangi musim ini.”

Selepas berjaya membantu Portugal menjuarai Kejohanan Eropah 2016, Ronaldo sudah pasti akan menjadi sandaran utama bagi menghadapi Piala Dunia 2018.

Beliau mengulas mengenai peluang Portugal di Russia pada Jun nanti.

”Kami bukanlah pasukan pilihan, kami perlu mengakui perkara ini,” jelas beliau.

”Pasukan seperti Brazil, Sepanyol, Jerman dan Argentina lebih menjadi pilihan tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.”

”Kami akan mencuba untuk melepasi peringkat kumpulan, kemudiannya kita akan lihat. Objektif utama adalah untuk melepasi fasa pertama.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN