Pemain muda dan prospek muda JDT, Arif Aiman Mohd Hanafi dinamakan sebagai pemenang Augerah Pemain Terbaik Bulanan (Mac) PFAM-Asiana.My. Perkara itu diumumkan sebentar tadi oleh PFAM selepas kiraan proses undian yang tamat semalam.
Kemenangan ini menyaksikan Arif mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain termuda perah dinamakan sebagai pemenang anugerah bulanan tersebut.
📢 | Tahniah diucapkan kepada Arif Aiman Hanapi
dari pasukan @OfficialJohor kerana terpilih sebagai Pemain Terbaik Liga Super PFAM-@asianadotmy edisi Mac 2021!#pfamalaysia #pfam #potm #asianadotmy #opiproteindrink pic.twitter.com/dx8m6ERdpl— PFA Malaysia 🇲🇾 (@pfamalaysia) April 30, 2021
Memperolehi 47.16% dari jumlah keseluruhan undi, Arif Aiman menewaskan empat calon lain termasuk penyerang import seperti Makan Konate (Terengganu FC), Al-Hafiz Harun (Penang FC), Samuel Jacob Sommerville (Penang FC) dan Darren Lok (Petaling Jaya FC.
Arif Aiman kini dianggap sebagai ‘wonder kid’ terbaru Liga Malaysia. Nama beliau mulai menjadi sebutan peminat bola sepak tempatan setelah muncul sebagai penjaring termuda buat skuad Harimau Selatan menentang Kuching FA di saingan Piala Malaysia pada tahun lalu.
Pemain berusia 18 tahun itu tidak menoleh ke belakang lagi selepas itu apabila menjadi tunjang dan taring Harimau Selatan di saingan Liga Super Malaysia pada musim ini.
Musim ini turut menyaksikan Arif Aiman turut mencipta nama buat dirinya apabila turut menjadi pemain termuda JDT yang menjaringkan gol di pertandingan Liga Super Malaysia 2021.
[Sports] JDT coach Mora sees Arif Aiman as a 'Wonder Boy' https://t.co/dONPs4xK9E pic.twitter.com/Ak24HsTv15
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 14, 2021
Tampil dalam semua sembilan perlawanan pada musim ini, Arif kini telah menjaringkan dua gol untuk juara Liga Super Malaysia tujuh kali berturut-turut itu.
Bagi Benjamin Mora, pemain muda tersebut bukan sekadar seorang ‘wonder kid’. Malah Arif turut dianggap sebagai revolusi.
“Beliau mempunyai skil dan bakat pada usia yang muda dan masa hadapan dan apa yang penting ialah mengetahui mengenai apa yang perlu dilakukannya di atas padang,” ulas Benjamin Mora selepas pemain itu menjaringkan gol pertamanya menentang UiTM FC pada musim ini.
“Beliau seorang revolusi. Dia masuk dan merevolusikan kesemuanya kerana dia amat pantas dan bijak, jadi dia tahu apa yang perlu dilakukan.”
Baca artikel lain mengenai Arif Aiman dan JDT:
Debut ‘Merecik’ Arif Aiman Antara 5 Perkara Minggu Ke-4 CIMB Liga Super 2020
Ini Komen Benjamin Mora Tentang Kemenangan, Arif Aiman & Bergson da Silva
Stadium Sultan Ibrahim Kini Jadi Tumpuan Acara Dunia, Spartan Stadion