Antonio Conte: Tak Suka Saya? Saya Boleh Tinggalkan Inter Milan

Antonio Conte

Pengurus Inter Milan, Antonio Conte tanpa berselindung menegaskan bahawa beliau bersedia untuk meninggalkan pasukan di tangga kedua kempen Serie A 2019/20 itu sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya dalam membimbing kelab tersebut pada ketika ini.

Sumbangan Conte menjadi persoalan selepas Inter Milan menunjukkan sedikit penurunan prestasi sebaik sahaja saingan liga kembali bersambung pada bulan Jun lalu.

Hal ini kerana pasukan yang turut dikenali dengan panggilan I Nerazzurri itu tumpas 1-2 di tangan Bologna dan diikat 3-3 ketika bertemu Sassuolo dan Hellas Verona (2-2). Keadaan itu turut mengakibatkan Inter Milan terlepas peluang bagi mengekori pendahulu liga, Juventus dengan lebih rapat.

Sehubungan dengan itu, Conte jelas tidak terlalu memikirkan tentang masa depannya bersama Inter Milan sekiranya ada pihak yang mempertikaikan apa yang telah diberikannya buat pasukan.

”Saya dipanggil oleh Inter Milan untuk menjayakan projek dalam tempoh masa tiga tahun, iaitu membawa mereka kembali ke tempat yang selayaknya diduduki.”

”Tidak dapat tidak, perkara itu akan mengambil masa. Saya datang ke sini dengan semangat yang begitu tinggi. Saya mempunyai kepercayaan terhadap kelab ini.”

”Saya memulakan projek tiga tahun dan [kontrak saya] berlangsung tiga tahun. Selepas itu, sekiranya mereka mahu melanjutkan kontrak saya, saya gembira, saya tahu perjalanan masih panjang tetapi saya tidak ingin bertahan lebih lama dari apa yang kelab inginkan.”

”Jika semua orang gembira dengan tugasan yang saya lakukan, dan saya merasakan itu yang terjadi ketika ini, dari apa yang saya katakan, saya melihat mengapa kerjasama ini tidak dapat dilanjutkan.”

”Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan kerja saya, saya tidak ragu-ragu untuk meninggalkan kelab ini,” ujar Antonio Conte menurut laporan Goal.

Selepas mengharungi 32 perlawanan Serie A, Inter Milan menghuni tangga kedua dengan 68 mata, ketinggalan lapan mata di belakang juara bertahan yang merupakan kelab gergasi Itali, Juventus.

Kredit featured image: Marco Luzzani – Inter/Inter via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Antonio Conte:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN