Anjur Program ‘Big Screen’ Aksi Terakhir Di Laman Sendiri Tak Jauh Dari Stadium?

Terengganu FC laman sendiri karnival

Terengganu FC dalam misi penting untuk layak ke pentas Asia dan malam ini, mereka akan bertemu Sabah FC dalam aksi terakhir di laman sendiri.

Sabah yang berada di tangga kedua Liga Super 2022 hanya dibezakan empat mata sahaja dengan Terengganu yang berada di kedudukan ke-4.

Kemenangan malam ini mampu mendekatkan jurang mata antara mereka dan ia pastinya indah apabila mampu dilakukan di hadapan penyokong sendiri. Ini adalah aksi terakhir mereka di Gong Badak sebelum bermain baki tiga perlawanan terakhir di halaman lawan. Aksi yang maha penting!

Selepas ini mereka akan bertemu Melaka United, KL City FC dan Kedah Darul Aman FC sebelum tirai saingan liga pada musim ini dilabuhkan.

Jadi, peluang beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada malam ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan pemain dan jurulatih pasukan. Dan semestinya mereka menagih sokongan padu dari penyokong sendiri.

Sokongan mestilah dizahirkan di stadium kerana ia akan mampu untuk menyemarakkan semangat para pemain yang berjuang di tengah padang.

Namun, tindakan sebaliknya tampak dilakukan oleh salah seorang ahli lembaga pengarah Terengganu FC, Wan Sukairi Wan Abdullah apabila seperti melarikan tumpuan penyokong untuk menyaksikan perlawanan tersebut di skrin layar besar di sebuah karnival anjuran DUN Ladang.

Ia mungkin tiada masalah, jika Terengganu bermain di gelanggang lawan.

Karnival Terengganu Maju Berkat Sejahtera bagi peringkat DUN Ladang sedang berlangsung pada hujung minggu ini dan akan berakhir pada malam ini. Kemuncaknya adalah program ‘Big Screen’ perlawanan Terengganu menentang Sabah yang berlangsung tidak jauh dari lokasi karnival.

Sedikit kekok dan barangkali tidak sesuai juadah karnival tersebut. Para pemain dan pasukan menanti kunjungan dan sokongan penyokong di stadium, namun pengurusan tertinggi pasukan pula seperti membawa penyokong untuk keluar dari stadium dan hanya menonton di layar besar.

Jarak antara lokasi karnival dan stadium pula hanya sekitar 11 km sahaja.

Adakah Wan Sukairi tidak langsung memikirkan perkara ini? Seharusnya penyokong digalakkan untuk hadir ke stadium kerana pasukan dalam misi besar untuk layak beraksi di pentas Asia dan ia bermula pada malam ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada program itu akan diteruskan atau tidak.

Hasil semakan, poster program sudah tiada di profil Wan Sukairi, namun program tersebut masih terdapat dalam poster utama karnival tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN