Kedah ‘Tunjuk’ Bukti Kenapa Mereka Terkesan Ketiadaan Syafiq Ahmad

ledakan torpedo syafiq ahmad melaka united kedah 2022

Mungkin benar bagai dikata, kehilangan secara mengejut penyerang, Syafiq Ahmad telah menjejaskan perancangan semusim Kedah Darul Aman FC.

Pemain yang dipinjam dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dipanggil kembali selepas beraksi sembilan perlawanan bersama – 709 minit permainan.

Kedah telah menang empat perlawanan, seri dua kali dan tewas tiga kali sepanjang Syafiq beraksi. Beliau hanya meledak dua gol bersama Kedah.

Syafiq dipanggil semula oleh JDT pada Mei 2022 selepas mereka melepasi peringkat kumpulan di saingan AFC Champions League (ACL 2022). Ada yang mengatakan, panggilan untuk pemain itu adalah untuk mengukuhkan cabaran pasukan di peringkat seterusnya di kejohanan tertinggi di Asia itu.

Mereka mara ke pusingan 16 terbaik sebelum disingkirkan wakil J1 League, Urawa Reds dan beliau tidak pun diturunkan bermain dalam perlawanan itu.

Sang Kenari pula sedang dirundung masalah prestasi saat itu. Mereka gagal melakar tiga mata dalam empat aksi berturut-turut, kalah dua dan seri dua.

Kedah juga tidak menyangka yang JDT akan secara tiba-tiba memanggil pulang Syafiq yang sedang menjadi tonggak utama dalam semua aksi.

“Pihak KDA FC sudah menerima surat rasmi berkenaan dan perkara penamatan pinjaman ini memang sesuatu tidak kami duga di saat kami sedang menempuh dugaan berkaitan prestasi pasukan.”

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali

Namun, mereka tetap menghormati status kontrak pemain tersebut yang menyatakan beliau boleh dipanggil apabila tamat kontrak atau pada bila-bila masa oleh majikannya, skuad Harimau Selatan. Tiada sebarang isu.

Cuma, kesan yang harus mereka tanggung selepas kehilangan Syafiq adalah amat besar. Sebagai pemain yang diharapkan menjadi tulang belakang jentera serangan disebabkan kepakarannya menghidu ruang dan mencipta hantaran berbahaya, ketiadaannya ‘mematikan’ Ngah Wanja.

Dalam satu hantaran di Facebook KDA FC, dipaparkan statistik bantuan jaringan skuad Kedah selepas mereka melalui 17 perlawanan Liga Super.

Apa yang kita boleh ulas tentang jumlah bantuan jaringan tersebut?

Berbanding semua pemain yang berada dalam senarai itu, Syafiq Ahmad adalah pemain yang paling kurang membuat penampilan, tetapi merupakan penyumbang utama bantuan jaringan buat Sang Kenari sehingga kini.

Belum ada yang mampu memintasnya dengan hanya dua pemain berhasil menyamai rekodnya. Ini boleh dilihat berdasarkan minit permainan.

Syafiq Ahmad: 709 minit permainan – 4 bantuan gol (purata 1 dalam 177.25 minit)

Al-Hafiz Harun: 956 minit permainan – 4 bantuan gol (purata 1 dalam 239 minit)

Mahmoud Al-Mardi: 720 minit permainan – 4 bantuan gol (purata 1 dalam 180 minit)

Untuk memperbaiki isu ini, ia bukan satu perkara mudah buat pengendali, Aidil Sharin Sahak. Ini diakuinya dalam sidang media pasca perlawanan.

“Pada permulaan musim, kami merancang sesuatu. Kami mempunyai Syafiq Ahmad. Itu sangat membantu kami. Tetapi apabila kami kehilangan Syafiq Ahmad, ini yang menjadi masalah.”

“Saya tak boleh lakukan apa-apa apabila hilang khidmat Syafiq Ahmad. Kerana bagi saya, telah terbukti bahawa apabila beliau ada, beliau mampu membantu pasukan. Namun, kita perlu ‘move on’.”

“Kalau anda lihat perlawanan selepas Syafiq Ahmad keluar, kita kehilangan kekuatan di bahagian hadapan dan momentum. Cukup setakat itu, saya tidak boleh bercakap lebih daripada itu”

Aidil Sharin, pasca perlawanan Kedah-Sabah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN