Angkara Bawa Pulang ‘Cinggey’ Ke Hotel, Greenwood & Foden Disingkir Dari Skuad England

Mason Greenwood Phil Foden England
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Dua pemain muda England, Mason Greenwood dan Phil Foden akan meninggalkan skuad kebangsaan England selepas melanggar peraturan serta garis panduan kuarantin di Iceland dengan membawa pulang wanita ke hotel.

Persatuan Bola Sepak (FA) England telah melakukan siasatan mengenai pelanggaran peraturan tersebut selepas merakam kemenangan 1-0 ke atas Iceland dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) pada Sabtu.

Pemain Manchester United, Greenwood dan Manchester City, Foden kedua-duanya diberi peluang membuat debut bersama pasukan senior di peringkat antarbangsa dalam perlawanan tersebut.

Pengurus England, Gareth Southgate berkata, pemain yang masing-masing berusia 18 dan 20 tahun dianggap naif telah pun memohon maaf di atas kesilapan mereka.

Jurucakap Polis Metropolitan Reykjavic dalam kenyataan mereka mengatakan pihaknya telah pun mengeluarkan saman kepada kedua-dua individu berkenaan sebanyak 250,000 krona (RM7,443).

“Kami sedang menguruskan isu ini dengan sebaiknya, saya tahu mereka muda lagi, tetapi satu dunia sedang menghadapi cabaran pandemik ini,” ujar Southgate.

Dalam laporan media Iceland, Greenwood dan Foden didakwa membawa wanita ke bilik hotel yang berasingan dengan tempat penginapan pasukan England.

Oleh yang demikian, Southgate bertegas supaya kedua-dua pemain tersebut tidak dibenarkan untuk bersama rakan sepasukannya yang lain dan akan dihantar pulang ke England secepat yang mungkin mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

https://twitter.com/TheManUtdWay/status/1302975865215684608?s=19

Dalam perkembangan lain, dua kelab Manchester, United dan City masing-masing mengutuk tindkaan bodoh pemain mereka yang disifatkan tidak boleh diterima dan di bawah standard seorang pemain profesional yang beraksi untuk kelab utama dan juga skuad kebangsaan England.

Southgate dijangka tidak akan memanggil pemain lain untuk menggantikan dua pemain berkenaan dan meneruskan perlawanan menentang Denmark dengan 21 pemain sahaja.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai England:

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN