Andy Cole: Man Utd Sudah Tiada Aura Untuk Tarik Pemain Bintang

Andy Cole

Bekas penyerang Manchester United, Andy Cole mengakui bahawa kelab tersebut pada ketika ini bergelut untuk membawa masuk barisan pemain bintang bagi memperkuatkan lagi skuad The Red Devils.

Ketika pasukan lain seperti Liverpool, Chelsea, Tottenham Hotspur dan Everton memperkuatkan pasukan bagi menghadapi musim baharu, United yang dibimbing Ole Gunnar Solskjaer hanya membawa masuk Donny Van De Beek.

Keadaan yang mungkin boleh menyebabkan pertikaian kerana Manchester United sudah pun memiliki himpunan pemain tengah berkualiti seperti Bruno Fernandes, Paul Pogba, Scott McTominay, Juan Mata, Fred dan Nemanja Matic.

Perkembangan terkini itu menyebabkan segelintir pihak mengatakan langkah yang diambil kelab gergasi England itu sebagai satu pembelian panik.

”Apabila Manchester United berada di zaman kegemilangan, begitu ramai antara pemain terbaik di dunia mahu beraksi untuk United, mereka mahu datang ke sini dengan satu impian iaitu mereka mempunyai peluang untuk memenangi kejuaraan dan itulah keadaannya.”

”Jadi apabila anda tidak lagi mempunyai peluang untuk memenangi liga, anda [pemain] tidak boleh mengatakan anda akan datang ke Manchester United sekiranya Liverpool dan Man City juga turut berminat.”

”Sebaliknya ia adalah berkaitan dengan anda pergi ke kelab yang mampu untuk memenangi kejuaraan,” ujar Andy Cole menurut laporan Goal.

”Untuk mencuba rapatkan jurang dengan Liverpool dan Manchester City, mereka harus berhenti membeli pemain dan sebaliknya meningkatkan prestasi pemain sedia ada.”

Kredit featured image: Simon Stacpoole/Offside/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN