Andrés Iniesta Bakal Berhijrah Ke Jepun Atau Australia

Bulan April lepas, bintang tengah Sepanyol, Andres Iniesta telah mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Barcelona setelah menyertai gergasi Catalan itu sejak 22 tahun yang lalu.

Bagaimanapun Iniesta tidak akan bersara daripada bola sepak dan dijangka akan meneruskan karier sebagai pemain di luar eropah.

Iniesta pada mulanya dijangka akan berhijrah ke Liga Super China untuk menyertai Chongqing Dangdai Lifan, setelah presiden kelab tersebut, Gong Daxing mengesahkan kelab berkenaan berada di proses terakhir rundingan dengan pemain tersebut.

Namun, perpindahan Andres Iniesta ke kelab Liga Super China itu masih kabur selepas mereka berkata tidak akan membayar perancang Barcelona itu dengan gaji yang akan mengganggu pasaran.

Dalam satu kenyataan di laman sosial Weibo Jumaat lalu, presiden kelab itu berkata mereka sedang bekerjasama dengan Iniesta dalam aspek pemasaran dan pembangunan akar umbi, tetapi tidak ada perjanjian untuknya bermain.

Beliau turut berkata mereka akan berpegang kepada pelaburan rasional dan mengikut peraturan ditetapkan Persatuan Bola Sepak China yang dikawal kerajaan, termasuk had gaji maksimum.

Media Sepanyol baru-baru ini melaporkan, Iniesta hampir pasti menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Liga Utama Jepun, Vissel Kobe.

Menurut laporan daripada Cadena SER, Vissel Kobe dimiliki oleh CEO Rakuten, Hiroshi Mikitani iaitu penaja utama pasukan Barcelona dan beliau memainkan peranan yang penting dalam perpindahan yang bernilai 25 juta Euro itu.

Walaubagaimanapun, media dari sepanyol, SPORTS mengesahkan Iniesta belum menerima tawaran rasmi atau menandatangani apa-apa kontrak dengan kelab jepun itu.

Terbaharu, The Guardian melaporkan Iniesta sedang menimbangkan untuk berhijrah ke Australia dan beraksi dengan mana-mana kelab A-League.

Ketua Pegawai Eksekutif A-League, Greg O’Rourke menyambut baik kehadiran Iniesta kerana liga itu akan membawa pulangan jutaan dollar melalui kutipan tiket dan pembelian hak siaran televisyen.

https://twitter.com/TheWorldGame/status/993638736293314560

A-League sebelum ini berjaya menarik kehadiran bintang terkemuka dunia seperti Alessandro Nesta, David Villa dan Dwight Yorke.

Iniesta mempunyai rekod menjuarai Piala Dunia bersama negaranya Sepanyol telah membantu Barcelona menjuarai 8 kejuaraan La Liga, 4 kejuaraan UEFA Champions League (UCL), dan 6 trofi Copa del Rey.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN