Ryan Giggs Harap Alex Ferguson Cepat Sembuh

Baru-baru ini dunia bola sepak dikejutkan dengan berita bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson telah menjalani satu pembedahan kecemasan selepas beliau disahkan mengalami pendarahan pada otak.

Sir Alex kini dilaporkan berada dalam penjagaan rapi di Hospital Salford Royal di Manchester.

Bekas pemain Manchester United, Ryan Giggs turut tidak ketinggalan bersama komuniti bola sepak dunia mendoakan bekas pengurus, Alex Ferguson yang menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Dianggap pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak Britain, Ferguson merangkul 38 trofi sepanjang 26 tahun mengendalikan United termasuk 13 kejuaraan Liga Perdana dan dua kali mengungguli Liga Juara-Juara sebelum bersara pada 2013.

Giggs yang juga pengurus Wales adalah sebahagian daripada skuad yang menjulang 13 kejuaraan itu sepanjang 24 tahun kariernya di Old Trafford.

“Sekarang adalah masa untuk berdoa dan harap dia akan segera pulih,” kata Giggs kepada BBC Wales.

“Ferguson memainkan peranan besar dalam karier saya, dalam dan di luar padang. Saya tahu pembedahan itu berjaya. Dia seorang pejuang dan itu yang menyebabkan saya yakin dia akan pulih,” katanya.

Pemain pertahanan United, Phil Jones juga positif dan yakin Ferguson akan pulih sepenuhnya. Dia mengakui sangat terkejut dengan berita mengenai Ferguson.

“Saya benar-benar terkejut dan sedih,” kata Jones yang beraksi bersama United pada 2011.

“Dia seorang legenda. Dialah yang membawa saya ke kelab ini sekali gus memberi saya peluang beraksi dengan salah sebuah kelab terbesar dunia.

“Dia bagaikan bapa saya. Sangat sedih tapi saya kenal karakternya. Dia sudah pasti berjuang untuk pulih,” kata Jones.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Sementara itu, pemain tengah United, Juan Mata berkata, berita Ferguson memberikan impak besar kepada skuad yang ada sekarang.

“Kami semua bersatu sekarang dan mendoakan yang terbaik buat Sir Alex. Dia seorang yang unik dan salah seorang ikon penting bola sejak beberapa dekad lalu,” katanya.

United pula menghargai dan berterima kasih terhadap ucapan diberikan termasuklah daripada bekas ‘musuh’, Arsene Wenger, Pep Guardiola dan Jurgen Klopp yang sering menyanjungi Ferguson.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN