Jose Mourinho Pilih Brazil, Argentina Dan Sepanyol Sebagai Pilihan, Tidak Pandang Rendah Kemampuan Portugal

Mourinho

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menjelaskan bahawa tiada yang mustahil buat skuad kebangsaan Portugal pada saingan Piala Dunia 2018 sekiranya Cristiano Ronaldo berada dalam pasukan tersebut.

Sebelum ini, Jose Mourinho bercakap dalam satu temubual bersama ESPN Brazil tentang peluang beberapa pasukan pilihan dalam saingan Piala Dunia 2018 seperti Brazil, Argentina dan Sepanyol.

Tetapi pengendali berusia 55 tahun itu tidak menolak kemungkinan dengan kehadiran Cristiano Ronaldo yang bakal membantu Portugal membuatkan cabaran juara Eropah itu tidak boleh dipandang ringan.

”Portugal mempunyai skuad yang menarik. Tanpa Cristiano, ia mungkin menjadi mustahil. Tetapi dengan kehadirannya bersama pasukan, tiada yang mustahil buat Portugal.”

SAO PAULO, BRAZIL – JULY 09: Argentina observe a moment of silence for Alfredo Di Stefano prior to the 2014 FIFA World Cup Brazil Semi Final match between the Netherlands and Argentina at Arena de Sao Paulo on July 9, 2014 in Sao Paulo, Brazil. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Pengurus yang berjaya membimbingan Porto dan Inter Milan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah ini turut berkongsi sentimen yang sama terhadap peluang dimiliki Argentina.

”Saya percaya bahawa skuad kebangsaan Argentina tanpa Lionel Messi bukanlah sebuah pasukan pilihan. Tetapi dengan dia (Messi), mereka salah satu pilihan juara.”

Dalam pada itu, Mourinho turut memberikan tumpuan khusus buat Brazil dan Sepanyol yang menjelang Piala Dunia bulan hadapan.

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 14: Neymar Jr of Brazil speaks to Philippe Coutinho of Brazil during the international friendly match between England and Brazil at Wembley Stadium on November 14, 2017 in London, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

”Saya sangat menyukai struktur asas di Brazil, taktikal dan mentalnya. Terdapat gabungan diantara bakat semulajadi dengan pendekatan yang serius, fizikal dan taktikal.”

”Mereka adalah satu pasukan yang mampu bertahan dengan baik, melepaskan beberapa gol dengan asas sokongan yang baik. Dan dilengkapkan di bahagian hadapan dengan pemain seperti Willian, Neymar, (Phillipe) Coutinho dan (Gabriel) Jesus. Semua pemain dengan kualiti yang luar biasa.”

Beliau menambah: “Kemudian kami mempunyai pasukan tradisional di Eropah, tetapi saya percaya Sepanyol sekali lagi merupakan pasukan yang sebenar.”

ADRID, SPAIN – MARCH 27: Sergio Ramos of Spain is shown a yellow card by referee Anthony Taylor during the International Friendly between Spain and Argentina on March 27, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

”Mereka dapat bersama pemain dengan falsafah permainan yang sama, disesuaikan dengan gaya bermain.

“Saya akan mengatakan bahawa Sepanyol berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding pesaing lain di Eropah, tetapi mari saksikan nanti.”

”Ia akan menghiburkan saya, saya akan berada di Rusia selama seminggu untuk menyaksikan perlawanan dan kemudian bercuti.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN