Andrea Pirlo: Seri Bertemu Roma Satu Langkah Ke Belakang Buat Kami

Andrea Pirlo

Meskipun tidak khuatir dengan prestasi skuad bimbingannya apabila terikat 2-2 bertemu AS Roma, pengendali Juventus, Andrea Pirlo tetap beranggapan keputusan tersebut merupakan satu langkah ke belakang buat skuad The Old Lady.

Beraksi di Stadio Olimpico, skuad himpunan bintang itu berjaya bangkit dua kali daripada ketinggalan dan kedua-dua jaringan penyamaan tersebut dihasilkan oleh peledak berbisa, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo memadamkan kelebihan tuan rumah yang membuka tirai jaringan menerusi Jordan Veretout hasil sepakan penalti pada minit ke-31 juga menerusi situasi yang sama di lewat aksi separuh masa pertama.

Hanya selepas seminit jaringan penyamaan itu terhasil, Veretout kembali meletakkan AS Roma di hadapan sebelum pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu menanduk masuk bola bagi kembali mengikat kedudukan pada minit ke-69.

Sedar hakikat yang dihadapi anak buahnya, Pirlo mengakui skuad Juventus masih dalam proses pembinaan apabila beliau mengambil alih tugasan daripada pengurus terdahulu, Maurizio Sarri, Ogos lalu.

”Roma menyerang dengan ramai pemain seperti yang kami lakukan, jadi ia berbeza dengan perlawanan menentang Sampdoria [Juventus menang 3-0].”

”Ini merupakan satu langkah ke belakang tetapi kami merupakan sebuah pasukan yang masih dalam pembinaan,” ujar Andrea Pirlo menurut laporan Goal.

”Kami tidak mempunyai masa untuk mencuba apa-apa penyelesaian dalam pra-musim, jadi perlawanan ini merupakan percubaannya.”

”Tetapi, pada akhirnya kami mendapat satu mata. [Alvaro] Morata baharu sahaja tiba dua hari lalu, Arthur pula tidak bermain untuk enam bulan dan untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Itali.”

”[Rodrigo] Bentancur juga sudah mula beraksi dengan baik. Keadaan pemain-pemain ini penting untuk meningkat sedikit demi sedikit.”

Kredit featured image: Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Juventus:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN