Mora: Kemenangan Ke Atas Sabah Bakal Jadi Pengakhiran Manis Kejayaan JDT

Mora JDT

Kekalahan pencabar terdekat, Kedah 1-2 kepada Pahang meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan satu sahaja lagi mata daripada baki dua perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan CIMB Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut sejak 2014.

Biarpun JDT sekadar meraih keputusan seri 2-2 bertemu PJ City pada Jumaat, namun berbekalkan pungutan 23 mata, skuad Harimau Selatan ini berada dalam kedudukan yang cukup selesa dengan enam mata berkelebihan ke atas Perak selain mempunyai perbezaan gol yang besar iaitu 17 berbanding 3.

Justeru, sebarang mata bertemu Sabah di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat sudah mencukupi buat JDT terus menutup ruang kepada Perak untuk memintas kedudukan mereka.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora, akur dengan keputusan seri itu yang bermakna mereka perlu fokus mencari tiga mata di laman sendiri menentang Sabah pada 2 Oktober sebagai pengakhiran manis kepada skuad Harimau Selatan.

“PJ City nyata mampu memberikan cabaran, dan kami berdepan sedikit masalah pada situasi bertahan apabila lawan melakukan serangan balas dan pada separuh masa kedua, barulah kami mendapat rentak serta bermain lebih tersusun.

“Sebagai jurulatih, saya memang ingin menang semua perlawanan, tidak kira di mana sahaja tetapi realitinya kami tidak boleh menang selalu dan mungkin perkara yang positifnya, kami boleh mengesahkan kejuaraan di tempat sendiri.

“ Saya sama sekali tidak akan memandang rendah keupayaan Sabah nanti walaupun mereka berdepan prestasi yang kurang menjadi pada musim ini.”

”Tetapi semangat beraksi di Stadium Sultan Ibrahin diharap mampu membantu kami mendapat 3 mata berharga untuk menjulang trofi di hadapan bos kami (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) selain kepada semua peminat JDT.

Dalam perlawanan itu, gol jaringan PJ City disumbangkan Christie Jayaseelan pada minit-37 dan K. Gurusamy pada minit 45+1 manakala JDT menerusi Safawi Rasid pada minit-35 serta Gonzalo Cabrera pada minit-45+4.

Kredit featured image: JOHOR Southern Tigers

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan bola sepak semasa:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN