Jurulatih Selangor, P.Maniam mengesahkan pemain kesayangan di Shah Alam, Andik Vermansyah kekal beraksi bersama skuad Merah Kuning pada saingan liga M musim 2017.
Kenyataan itu dibuat selepas perlawanan persahabatan pra musim Selangor dan MOF FC semalam.
Sebelum ini dalam satu status di facebook, Andik menyatakan hasratnya untuk ke China. Andik berkata dia sudah menghubungi pihak pengurusan Selangor mengenai hal itu.
Media Indonesia juga kuat menguatkan Andik kembali ke liga Indonesia.
P. Maniam bagaimanapun menyatakan kontrak pemain licik itu masih berbaki setahun dan Selangor tidak berhasrat untuk melepaskan beliau.
P. Maniam mengambil juga mahu meneliti keadaan semasa Andik Vermansyah yang ketika ini masih di berehat di Indonesia.
Andik Vermansyah berehat panjang selepas menjalani pembedahan lutut. Beliau yang cedera PCL ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki dijangka akan berehat selama 2 bulan.
Berita Gembira
Ia sudah pasti perkembangan yang akan memgembirakan penyokong Selangor. Mereka sememangnya mahukan kapten kedua mereka musim lalu ini kekal di Shah Alam.
Andik Vermansyah menyertai Selangor pada 2014. Setelah 2 musim bersama Selangor, Andik menjadi pemain penting dalam melangsaikan misi-33 Piala Malaysia Selangor yang tertangguh lama.
Walaupun jurulatih silih berganti, Andik tetap menjadi antara pemain yang paling konsisten dalam pasukan Selangor. Beliau juga baru berusia 26 tahun.
Beliau juga hampir membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia ke-34 musim lalu, namun dikecewakan Kedah di malam final di Stadium Shah Alam.
Kami doakan Andik supaya cepat sembuh dan kembali ‘merumput’ dengan lebih kuat selepas ini.
Baca juga: Andik Vermansyah Berehat Panjang!