Previu MSL 2017: Dollah Salleh Tekan Butang ‘Reset’ Untuk Pahang

Ketika Dollah Salleh meninggalkan pasukan Pahang, beliau sebenarnya meninggalkan pasukan Pahang sebagai pencabar utama di peringkat domestik.

Beliau tidak sempat menuai hasil, namun fundamental daripada Dollah Salleh dituai oleh rakannya Zainal Abidin Hassan yang agak identikal dengan Dollah Salleh dari segi pengurusan pasukan.

Musim 2016 adalah musim yang mahu dilupakan oleh pasukan Pahang. Mereka bergelut dari awal musim sehingga ke akhir musim.

Pembentukan Pasukan

Dollah Salleh membawa masuk ramai muka baru. Ramai di antara mereka adalah bakat yang terbukti (proven) dalam kancah bola sepak tanah air. Antaranya adalah:

Christie Jayaseelan, Ashaari Samsudin, Joseph Kalang Tie, Zubir Azmi, Ahmad Syamim Yahya, Nurridzuan Abu Hassan, Wan Zaharul Nizam, Mohamadou Summareh dan ramai lagi.

Dengan senarai pemain-pemain di atas, mereka boleh dikatakan mencipta satu kesebelasan utama yang baru di dalam pasukan.

Ia adalah perlaburan besar-besaran oleh Persatuan Bola Sepak Pahang. Jadi, tugas Dollah Salleh adalah untuk mengadun pemain-pemain ini menjadi satu unit yang kuat.

Sistem Permainan

Dollah Salleh antara jurulatih yang terkenal dengan taktikal klasik. Jadi, keutamaan untuk memiliki pemain sayap yang terbaik sudah pastilah agenda utama.

Christie Jayaseelan musim lalu melalui musim yang terbaik dalam karier beliau. Syamim Yahya lebih kepada defensive winger yang keras.

Kebanyakan pemain sayap pasukan Pahang ini adalah tipikal penyerang sayap bukannya classic side midfielder. Jadi, mereka boleh menghadirkan ancaman secara terus ke kawasan gol.

Nurridzuan dan Joseph Kalang mungkin agak tenggelam musim lalu namun mereka tetap menjadi bakat yang dikehendaki dalam bola sepak Malaysia.

Jadi misi seterusnya adalah untuk mencari sistem terbaik untuk semua orang.

Aspirasi 2017

Dollah Salleh sebelum ini memiliki skuad penuh bintang dalam Liga Premier bersama pasukan Perlis namun beliau gagal untuk mencapai keputusan lebih baik musim lalu.

Beliau mungkin sudah banyak mempelajari sesuatu daripada kegagalan itu. Rasanya pasukan Pahang akan berada dalam saingan kejuaraan dengan kualiti pasukan yang mereka ada.

Jadi, man-management dan in-game management Dollah Salleh adalah isu yang paling utama sekarang ini. Beliau ada rekod yang sangat baik dalam saingan domestik bersama MPPJ dan Selangor.

Inilah masa terbaik untuk bola sepak Pahang di-set semula selepas musim yang mengecewakan musim lalu. Dollah Salleh sendiri menyatakan musim 2017 adalah musim untuk mereka mengembalikan kegemilangan bola sepak Pahang.

Kesimpulan

Dalam senarai Pahang sekarang mereka ramai pemain bola sepak dalam peranan modern football seperti wing attacker dan no.10.

Ia adalah cabaran untuk Dollah Salleh untuk mengendalikan mereka. Dollah Salleh harus lebih kepda taktikal dan formasi yang lebih moden untuk mendapatkan yang terbaik daripada pemain-pemain ini.

Ia adalah kunci utama untuk Pahang musim 2017. Yang pasti pasukan ini ada ciri-ciri yang kuat untuk mencabar kejuaraan domestik.

Baca juga: Previu MSL 2017 : Sarawak Lebih Realistik Dan Beri Peluang Kepada Bakat Muda

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN