Portugal memulakan perlawanan dengan sistem 4-4-2. Sistem yang menjadi pilihan utama mereka sejak Euro 2016.
Mexico pula bermula dengan sistem 4-3-3 dengan meletakkan Carlos Vela sebagai pemain sayap yang jauh lebih ‘advance’.
Portugal 4-4-2
Prinsip mereka mirip dengan pendekatan mereka ketika perlawanan Euro lalu dan beberapa perlawanan mereka sebelum ini.
Cuba kekal kompak di pertahanan dan meletakkan sasaran kepada Cristiano Ronaldo setiap kali mereka melancarkan serangan balas.
Apa yang jelas, pressing mereka tidak terlalu awal untuk bertindak agresif. Mereka membiarkan lawan memegang bola dengan lama selagi-lagi tidak masuk ke kawasan pertahanan (defensive third).
Kesannya pada awal 15 minit pertama, Mexico pernah menguasai perlawanan sehingga 70%. Namun pelan pertahanan Portugal ini berkesan.
Mexico gagal untuk memecah masuk ke blok rendah. Cubaan Mexico paling bahaya pada awal perlawanan adalah dari sepakan percuma meskipun mereka ada lebih 60% penguasaan bola.
Struktur pertahanan Mexico longgar
Mexico bermain dengan garisan pertahanan yang agak tinggi dalam perlawanan ini. Namun mereka amat bermasalah dalam mematikan serangan balas Portugal dan sedikit cemerkap.
Half-space di kiri dan kanan mereka menjadi titik yang kerap dimanipulasi Portugal ketika fasa serangan balas. 2 bek sayap mereka agak bermasalah untuk turun segera.
Portugal seperti biasa, mereka sentiasa memiliki kemampuan untuk menambah nilai kepada bola yang berada di kaki mereka walaupun mereka tidak memiliki banyak bola.
Gol pertama Portugal adalah hasil daripada kegagalan bek Mexico mengeluarkan bola. Ronaldo melarikan bola ke atas. Pertahanan Mexico berjaya menghalang Ronaldo daripada melakukan rembatan.
Namun tindakan Ronaldo yang menarik 3 pertahanan ke zon beliau, berputar dan melakukan hantaran pembunuh menewaskan 3 pemain adalah sangat cantik.
Hanya dengan satu putaran badan, Ronaldo sudah mampu mencipta satu ‘saluran’. Quaresma melakukan larian di sisi buta. Ia gabungan visi dan gerakan tanpa bola Quaresma yang tajam.
Pelan serangan kedua-dua pasukan
Mexico lebih fokus kepada serangan di sebelah kanan menggunakan Carlos Vela. Mexico lebih fluid di dalam gerakan mereka yang berubah dari 4-3-3 kepada 3-4-3 dengan segera.
Asas serangan mereka bergantung kepada Hererra dan Jonathan Dos Santos yang kompeten di tengah. Gandingan ini harus diberikan perhatian kali ini. Percayalah!
Portugal agak bermasalah menghentikan hubungan (connection) di antara Vela dan Javier Hernandez. Ini adalah struktur 4-5-1 Portugal yang tidak terlalu agresif di blok tengah. Mexico aktif menghantar bola kepada Vela.
Untuk Portugal pelan serangan mereka berpusat kepada Ronaldo. Ia terlalu ketara. Pada awal perlawanan Ronaldo agak terpisah (isolated) dengan organisasi pasukan.
Ronaldo jelas ada isu workload dalam perlawanan ini kerana pemain seperti Nani tidak begitu efektif.
Fernando Santos ada unit pemain yang memiliki kreativiti tetapi ia dikawal oleh satu sistem yang rigid.
Portugal perlu memperbaiki radar bola mereka untuk memastikan pemain terbaik dunia 2016 itu mendapat lebih banyak bola.
Masalah utama sistem Santos ini adalah, pemain jadi terhad untuk lebih menonjol. Harus diingat, di bangku simpanan mereka ada Bernardo Silva yang gemarkan taktikal fluid.
Portugal jelas harus memperbaiki dan mempelbagaikan sistem serangan mereka kerana ia terlalu mudah dijangka oleh pihak lawan.
Ia nampak berkesan kerana kualiti individu yang tinggi seperti yang dimiliki Ronaldo. Nani dan Quaresma beraksi agak sederhana dalam perlawanan ini. Walaupun Quaresma menjaringkan gol.
Masalah utama Mexico adalah terlalu banyak kesilapan pertahanan dalam perlawanan ini. Begitu juga Portugal.
Mexico secara keseluruhannya berjaya mengurangkan impak Ronaldo secara taktikal. Namun apabila pemain mendapat bola, beliau amat bahaya dengan bola yang terhad pada kaki beliau.
Bak kata orang putih, ‘Quiet but effective’!
Masalah kesilapan defensif
Kedua-dua pasukan seri kerana masalah pertahanan. Fonte dan Pepe bergelut dalam perlawanan ini.
Kedua-dua pasukan melepaskan gol pertama kerana kegagalan mengeluarkan bola di udara sedangkan pertahanan mereka ada kelebihan berada di hadapan pemain serangan lawan.
Aspek kecuaian ketika bertahan ini harus dijadikan isi utama dalam post mortem kedua-dua pasukan.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Cristiano Ronaldo (Portugal)
Walaupun beliau tidak begitu dominan di dalam perlawanan ini. Namun begitu, beliau adalah menjadi antara sebab utama Portugal hampir memenangi perlawanan ini.
Portugal 2 kali mendahului dan gagal mempertahankan gol pendahuluan tersebut. Secara taktikal, pasukan Mexico adalah lebih baik. Namun keberkesanan Ronaldo menjadi ancaman utama pasukan lawan.
Statistik
Perlawanan ini berakhir dengan 2-2 selepas Moreno menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan.