Quantcast

LIGA MALAYSIA

Pihak FMLLP Kurangkan Hukuman Potongan Mata Kelantan Kepada 3 Mata

Pihak FMLLP baru-baru ini telah mengumumkan kenyataan mereka mengenai isu yang melibatkan pasukan Kelantan.

Kelantan yang dihukum pemotongan 6 mata baru-baru ini atas kesalahan gagal menyediakan dokumen lengkap pendaftaran pemain.

Mereka juga tidak dibenarkan mendaftarkan pemain import baharu mereka.

Tempoh hari, wakil KAFA telah hadir ke pejabat FMLLP untuk berbincang mengenai hukuman yang diterima mereka.

Dan pada hari ini, FMLLP telah memberikan jawapan kepada hukuman yang diterima mereka.

Menurut pihak FMLLP, Kelantan telah mengemukan rayuan kali pertama namun ia ditolak kerana ia tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh FMLLP.

Namun apabila rayuan kedua dilakukan, pihak Kelantan telah memperkemaskan rayuan mereka mengenai 3 perkara.

3 perkara yang dimaksudkan adalah pemotongan mata, pendaftaran pemain baharu dan tambahan masa untuk selesaikan urusan  KWSP, Perkeso, LHDN dan juga tunggakan gaji.

Hasil daripada itu, pihak FMLLP telah membuat keputusan untuk bersetuju mengurangkan hukuman pemotongan mata dari 6 kepada 3 mata sahaja.

Keputusan ini telah dibuat berdasarkan usaha pihak KAFA untuk melengkapkan pendataran pasukan dengan mengemukakan pelan pembayaran untuk jumlah-jumlah yang tertunggak.”

Namun begitu, untuk 2 lagi perkara Kelantan tidak berjaya mendapatkan lampu hijau dari pihak FMLLP.

Bagi FMLLP, KAFA masih lagi tersekat dari melakukan sebarang perpindahan kerana “KAFA masih gagal memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan dalam proses pendaftaran untuk sekatan ini dimansuhkan.”

Hasilnya, budi bicara FMLLP tidak dapat diperoleh bagi hal ini.

Bagi urusan tunggakan gaji serta perkara-perkara lain, FMLLP turut tidak akan memanjangkan tarikh untuk KAFA.

Tarikh yang diberikan oleh FMLLP oleh KAFA untuk selesaikan hal ini adalah pada 31 Oktober 2017.

Jika gagal dilaksanakan sebelum tarikh tersebut, Kelantan mungkin akan menerima hukuman lebih berat iaitu dijatuhkan ke divisyen bawahan pada musim 2018.

MAKLUM BALAS TERHADAP RAYUAN PASUKAN KELANTAN—————-Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah menghantar…

Posted by Football Malaysia LLP on Monday, June 19, 2017

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!