Analisis Taktikal (Perancis 2-1 Romania): Kemasukan 2 Pemain Sayap Beri Ruang Payet Lakukan Magik

Permulaan

Perancis memulakan perlawanan dengan formasi 4-3-3. Di tengah Didier Deschamps menggandingkan trio N’golo Kante, Blaise Matuidi dan Paul Pogba – ketiga-tiganya mempunyai stamina yang tinggi – sebagai gambaran mahu menguasai bahagian tengah.

[adrotate group=”2″]

Manakala di bahagian pertahanan, Deschamps menurunkan Adil Rami dan Laurent Koscielny sebagai gandingan pertahanan tengah. Mereka diapit oleh veteran – Bacary Sagna dan Patrice Evra – sebagai bek kanan dan kiri.

Romania pula memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-2 yang membawa mereka ke Perancis dengan rekod bolos hanya 2 gol.

Ulasan taktikal

Romania

Secara keseluruhannya, Romania berhak mendapat sesuatu daripada perlawanan ini. Berdepan pasukan tuan rumah yang lebih kuat, Romania tidak turun dengan pelan permainan yang negatif.

Sebaliknya seawal minit lagi Romania cuba menyukarkan Perancis untuk bertenang di depan penyokong sendiri dengan melakukan pressing intensif di kawasan kubu Perancis lagi.

Barisan depan mereka yang diketuai oleh Florin Andone dan Nicolae Stanciu sentiasa bekerja keras untuk memastikan build-up play Perancis dari belakang terencat dan penuh dengan kesilapan.

Ditambah pula dengan shape pasukan yang kompak dan padat di tengah, Romania menyukarkan Perancis menggerakkan bola di tengah. Perancis sukar menggerakkan bola ke kawasan final third mereka.

Masakan tidak, serangan Perancis banyak terbantut di kawasan middle third.

Sebaik sahaja dapat merampas bola di kawasan ini, Romania terus melancarkan counter attack – terutamanya melalui kawasan kedua-dua sayap seperti yang boleh anda lihat melalui heat map Romania di bawah.

romania

Jika tidak kerana kecekapan Hugo Lloris yang menafikan percubaan jarak dekat Bogdan Stancu daripada sepakan sudut pada minit ke-4, Perancis pasti akan ketinggalan 0-1.

Pada separuh masa kedua, tidak ada perubahan signifikan dilakukan oleh Romania. Mereka masih rajin melakukan pressing di kawasan kubu Perancis.

Malah selepas gol Olivier Giroud pada minit 57′, benda pertama yang dilakukan oleh Anghel Iordanescu adalah membawa keluar Florin Andone dan menggantikannya dengan penyerang baru – supaya Romania dapat mengekalkan intensiti pressing yang sama.

Hanya selepas mendapat gol penyamaan, barulah Romania kelihatan lebih defensif. Seakan-akan berpuas hati dengan prospek mendapat satu mata.

Perancis

Pada separuh masa pertama, Perancis mungkin menguasai perlawanan. Ini terbukti dengan 8 percubaan gol mereka. Bagaimanapaun bukan semuanya merupakan clear cut chances.

Perancis banyak berlegar di kawasan tengah padang seperti yang boleh anda lihat melalui heat map di bawah.

13417563_1581533388806031_8799699679497137625_n

Masalah ini mungkin ada kena-mengena dengan dua perkara:

  • tugas taktikal Paul Paogba
  • kekurangan width dalam serangan Perancis

Pada separuh masa pertama, tugas Paul Pogba lebih tertumpu kepada aspek merencanakan serangan (playmaking) berbanding tugas box-to-box yang biasa dilakukannya di Juventus.

Pada masa yang sama, width serangan Perancis pula hanya dibekalkan oleh full back mereka – Bacary Sagna dan Patrice Evra. Antoine Griezmann dan Dimitri Payet diarahkan bermain lebih ke tengah untuk membantu Olivier Giroud.

Hanya selepas separuh masa kedua, apabila Deschamps mengarahkan Pogba kembali bermain secara box-to-box, barulah Pogba mendatangkan bahaya melalui percubaan-percubaan luar kotaknya.

Kemudian pada separuh masa kedua juga, Deschamps cuba memperbaiki width serangan Perancis dengan memasukkan 2 pemain sayap – Kingsley Coman dan Anthony Martial.

Ini adalah respons Deschamps untuk stretch pertahanan Romania yang kompak di tengah.

Kemasukan Coman dan Martial yang gemar menewaskan full back lawan dalam situasi 1v1 memberi sedikit ruang dan masa kepada Payet yang dipindahkan ke tengah untuk beroperasi.

Dan ruang inilah yang dimanfaatkan oleh Payet untuk melakukan magik beliau – iaitu rembatan luar kotak kencang pada minit ke-89′.

Apa yang boleh diperbaiki

Perancis

Berdasarkan perlawanan semalam, kami berpendapat Didier Deschamps perlu muktamad untuk menentukan peranan utama Pogba dalam pasukan ini – playmaking atau box-to-box?

Taktikal Perancis juga jelas ada masalah di kawasan sayap.

Dalam formasi 4-3-3, Antoine Griezmann yang bermain sebagai wide attacker lebih gemar bermain di tengah berbanding menewaskan full back lawan dalam situasi 1v1.

Deschamps perlu realistik. Dalam formasi 4-3-3, beliau perlu mengorbankan salah seorang penyerang – sama ada Giroud atau Griezmann yang bermain di tengah.

Ini menyebabkan tugas membekalkan width dalam serangan jatuh kepada Bacary Sagna. Jangan salah anggap. Sagna merupakan full back yang bagus dari segi defensif, tetapi tidak banyak yang beliau boleh lakukan di bahagian serangan (selain crossing).

Dalam erti kata lain, Perancis tidak mempunyai full back yang dinamik (contohnya Dani Alves, Phillip Lahm) yang mampu beroperasi secara berseorangan di kawasan sayap.

Romania

Untuk Romania, mereka perlu memperbaiki ketajaman mereka ketika melancarkan counter attack. Terlalu banyak counter attack mereka yang disconnected akibat hantaran yang kurang tepat dan ketiadaan pemain berkualiti di depan.

Statistik

sss

stats

900px x 600px-2

Pemain terbaik perlawanan (MOTM): Dimitri Payet (Perancis)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN