Quantcast

BERITA

Ringkasan Kes Serangan Seksual David De Gea Dan Iker Muniain: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Seorang saksi kes jenayah terhadap Ignacio Allende Fernández atau lebih dikenali sebagai Torbe telah menamakan David de Gea dan Iker Muniain sebagai individu yang telah menggunakan khidmat Torbe.

Torbe yang kini berada dalam penjara sejak April lepas sedang disiasat atas kes pemerdagangan manusia, pelacuran gadis bawah umur (dari Ukraine dan Sepanyol), merogol, pornografi bawah umur, peras ugut dan penyeludupan wang.

Saksi pertama – TP3

Untuk melindungi identiti saksi, polis dan penyiasat menamakan beliau ‘TP3’. TP3 merupakan salah seorang mangsa Torbe yang melaporkan kejadian ini. Laporan beliaulah yang menyebabkan polis Sepanyol memulakan kertas siasatan terhadap Torbe dan operasinya.

Polis memberi ‘kredibiliti yang tinggi’ kepada laporan TP3 dan menolak spekulasi orang awam yang mencadangkan dakwaan saksi mungkin bermotif peribadi atau wang.

TP3 memberitahu polis, pada malam kejadian Torbe membawa beliau ke bilik hotel. Di sana beliau berjumpa dengan sorang lagi wanita dan 2 pemain bola sepak.

Menurut laporan polis:

“Selepas meninggalkan TP3 dengan seorang lagi wanita di bilik hotel tersebut, Torbe memberitahu mereka mesti menerima segala permintaan 2 pemain tersebut yang telah membayar servis mereka dengan harga mahal.”

“Kedua-dua wanita diserang secara seksual oleh 2 pemain tersebut. Selepas memenuhi kehendak seksual 2 pemain tersebut, mereka mengugut TP3 supaya melupakan apa yang sudah berlaku dan tidak memberitahu orang awam.”

“Kedua-dua wanita langsung tidak menerima bayaran yang dijanjikan. Semua duit disimpan oleh Torbe.”

Saksi kedua – wanita bersama TP3

Selain kenyataan TP3, polis juga berjaya mendapat kenyataan saksi kedua – wanita yang berada dalam satu bilik hotel yang sama dengan TP3 dalam kejadian malam itu.

Berbanding TP3 yang tidak kenal 2 pemain bola sepak tersebut, wanita ini dapat menamakan seorang – Iker Muniain. Beliau bagaimanapun tak dapat mengenal pasti nama seorang lagi pemain yang turut bersama Muniain pada malam itu.

Menurut kenyataan saksi ini:

“Dua pemain bola sepak yang terlibat dalam kejadian malam itu adalah Iker Muniain. Seperti Muniain, seorang lagi pemain yang tidak dikenalinya merupakan ahli pasukan Sepanyol Bawah-21. Tetapi beliau sedang cedera pada ketika itu.”

“Pertemuan di bilik hotel tersebut diatur oleh Torbe dan David de Gea.”

Sebelum merekodkan testimoni keduanya kepada polis, saksi wanita ini menghantar mesej kepada De Gea melalui Whatsapp untuk mengenalpasti identiti pemain kedua yang bersama Muniain pada malam itu.

De Gea tak mendedahkan identiti pemain tersebut. Tetapi mendedahkan pemain itu juga bermain di Athletic Bilbao – seperti Muniain.

Ketika bermesej dengan saksi wanita tersebut, De Gea sempat mengajaknya untuk berjumpa dengan 5 pemain Manchester United, termasuk dirinya. Bagaimanapun polis tidak menjumpai sebarang bukti perjumpaan itu berlaku.

Saksi ketiga – TP2

Dalam kenyataan saksi ketiga yang diberi nama ‘TP2’ oleh polis, nama David de Gea sekali lagi disebut.

TP2 yang baru berusia 17 tahun ketika itu, ditawarkan ‘duit yang banyak’ oleh Torbe untuk memuat naik gambar bogelnya ke laman web Torbe.

Selepas memuat naik gambar bogelnya, TP2 kemudiannya diugut oleh Torbe untuk bekerja sebagai pelacur. Jika ingkar, Torbe mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya kepada kawan-kawan dan keluarganya.

TP2 memberitahu polis beliau diberi dadah dan dirogol oleh Torbe sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Malah Torbe memberitahu TP2, beliau pernah merakam videonya tidur selepas diberi dadah untuk diberikan kepada David De Gea dan pemain bola sepak lain.

Interaksi Twitter antara Torbe, De Gea dan Muniain

Apa yang membuatkan kes ini ada kredibiliti adalah kewujudan interaksi antara Torbe si pesalah utama dengan dua pelanggan setianya – David de Gea dan Iker Muniain.

X6pu1JP

Terjemahan: Datanglah ke rumah aku, aku akan buat ‘parti’ nanti!

torbe1

Terjemahan: Aku kat rumah aku tengah buat bukkakkes, nak sertai tak?

iFHRlx8

Terjemahan:

De Gea kepada Muniain: Selamat berseronok, bro!
Munian kepada De Gea: Kau pun sama!

Kenyataan daripada De Gea dan Muniain

Ketika ini, kedua-dua pemain menafikan penglibatan mereka dalam kes ini dan sudah pun melantik peguam masing-masing untuk mewakili mereka dalam kes ini.

Mereka juga menyeru penyokong mereka untuk terus menyokong mereka sepanjang kes ini berlangsung.

Setakat ini polis sedang giat untuk mengenal pasti identiti seorang lagi bekas pemain Sepanyol Bawah-21 dan Athletic Bilbao yang berada dalam bilik sama dengan Munian pada malam kejadian.

Muniain dan De Gea pula masih belum dipanggil oleh polis berhubung kes ini. Mereka dijangka akan dipanggil pada minggu depan.

Sebagai penyokong yang mengikuti kes ini dari luar, kita seharusnya mengambil prinsip ‘innocent until proven guilty’. Selagi tak dibuktikan bersalah, kita tidak mempunyai hak untuk menghukum De Gea dan Muniain.

Baca juga: Canizares Mahu De Gea Jadi Penjaga Gol No.1 Sepanyol, Casillas Digugurkan Terus

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!