Liverpool menang 3-1 dalam pertemuan menentang Man. United di Anfield pada Ahad lalu. Seperkara yang menarik tentang perlawanan ini adalah peranan Fabinho dalam memastikan sistem gegenpressing Liverpool stabil.
Fabinho vs Man Utd
79% passing
2 chances created
1 assist
5 shots
3/3 dribbles
3 tackles (thought it was a lot more 😮)
1 interceptionIsn’t he a defensive midfielder?! 😂 pic.twitter.com/VTMor1jkQH
— LFC Stats (@LFCData) December 16, 2018
Mourinho kekal dengan pendekatan defensif
Mourinho selepas tamat perlawanan ada menyebut bahawa, sebelum kemasukan Shaqiri, Liverpool telah menghantar isyarat hilang fokus. Ini apabila semakin banyak percubaan dari luar kotak penalti dilakukan sehingga melibatkan Van Dijk dan Dejan Lovren.
Beliau menegaskan, apabila melihat keadaan itu, Mourinho mendapati Man. United ada peluang untuk mengambil kesempatan di atas perkara itu.
Permainan minda Mourinho adalah untuk membuatkan lawan pasrah / ‘frustrated’. Apabila lawan sudah buntu, mereka mulai hilang fokus. Pada fasa inilah lawan mereka kerap dihukum oleh pasukannya. Mourinho akan memasukkan plan B atau C beliau seperti Fellaini (kebiasaannya).
Pendekatan yang sama beliau gunakan di Real Madrid, Inter Milan, dan juga pada kepulangan ke-2 beliau ke Chelsea – dan sudah pastinya di Man. United.
Dalam beberapa musim kebelakangan ini, Mourinho lebih dikenali dengan label jurulatih defensif. Pada pandangan saya, beliau agak ‘overrated’ sebagai jurulatih defensif tetapi ‘underrated’ sebagai jurulatih ofensif.
Kenapa saya berkata begitu? Beliau sebenarnya lebih menekankan aspek bertahan secara zonal yang ketat. Namun pada masa yang sama para pertahanan beliau kerap melakukan kesilapan kerana terlalu sesak. Mourinho sentiasa memiliki penjaga gol yang sangat boleh harap.
Jika anda lihat di Man. United pada hari ini Mourinho gagal membangunkan beberapa pemain seperti Bailly dan Lindelof ke tahap lebih baik daripada apa yang mereka ada hari ini. Beliau masih meminta dana untuk bek tengah yang baru sejak beberapa jendela perpindahan terakhir.
Lihat statistik Man. United musim ini sudah cukup membuktikan Mourinho bukanlah jurulatih defensif yang terlalu ampuh seperti mana Simeone. Mourinho memang bagus dalam pembentukan sistem bertahan namun agak overrated di mata pihak lawan.
Namun ramai memandang rendah kemampuan Mourinho dalam membentuk sistem serangan. Oleh sebab itu saya melabel Mourinho sebagai underrated sebagai jurulatih ofensif.
Orang lupa bahawa Cristiano Ronaldo mendapat gol paling banyak dalam semusim ketika di bawah Mourinho. Di bawah kendalian Mourinho Cristiano Ronaldo menjaringkan 120 gol dalam 106 penampilan dalam liga dan 28 gol dalam 34 penampilan di UCL.
Orang terlupa bagaimana Diego Milito mampu menjadi penyerang elit ketika di Inter Milan – di bawah kendalian Mourinho.
Dan orang mungkin lupa bagaimana Mourinho membangunkan bakat seperti Rashford di Man. United. Semua itu digerhanakan kerana pendekatan pasif Mourinho dalam berhadapan pasukan besar. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini, beliau lebih menekankan aspek bertahan berbanding menyerang.
Jika anda masih ingat ketika mereka bangkit ke atas City musim 2016/17, Man. United mampu bermain dengan sistem serangan yang dominan di serangan balas.
https://www.youtube.com/watch?v=WDKJf1ZXccE
Walaupun kalah di tangan Spurs tempoh hari, namun mereka membuktikan pasukan mereka sangat tajam apabila benar-benar ingin bermain menyerang. Tak lupa juga ketika mereka hampir menang di Stamford Bridge selepas ketinggalan.
Sistem ‘sit back and counter attack’ Man. United
Man. United bukanlah pasukan yang terlalu defensif setiap perlawanan, namun beliau ada satu sistem serangan balas khas dalam keadaan pasukan beliau bermain ultra defensif.
Mourinho gemar menggunakan pendekatan mengetatkan ruang di barisan belakang dengan garisan berenam. Menarik 2 pemain sayap sehingga menjadi seperti bek sisi.
Blok pertahanan rendah ini akan cuba menyerap bola di barisan paling rendah. Apa risiko apabila anda bertahan terlalu ke bawah? Ya, anda menjemput lebih ramai pemain lawan mara lebih jauh dan risiko percubaan luar kotak penalti.
Untuk risiko percubaan luar kotak penalti, Man. United tidak bermasalah sangat kerana mereka ada David De Gea.
Satu perkara yang jelas, mereka menggunakan sistem serangan balas yang berasaskan counter target ataupun fokal kepada serangan balas. Mereka meletakkan counter target mereka di satu zon yang boleh dicari dengan mudah apabila mereka mendapat bola itu.
Dalam beberapa perlawanan menentang pasukan seperti Liverpool, Man. City dan Spurs yang suka ‘overload’ kawasan serangan dengan pemain yang ramai – Mourinho gemar menggunakan Juan Mata sebagai counter target dalam sistem beliau.
Ini kerana Mata ada ketenangan yang sangat tinggi apabila dalam tekanan. Beliau boleh mengekalkan penguasaan bola dengan baik.
Counter target ataupun fokal ini adalah pembawa bola utama ketika serangan balas. Pembawa bola ini akan membantu mempercepatkan serangan balas dan juga memperlahankannya apabila perlu. Kenapa perlahan? Ini berlaku apabila beliau menunggu sokongan daripada rakan-rakan.
Ini lakaran secara visual:
Secara asasnya Fabinho mengenakan pressing kepada titik fokal serangan balas Man. United dalam perlawanan tersebut iaitu Jese Lingard.
Fabinho sentiasa memastikan Lingard tidak menerima bola dengan mudah. Selepas tamat perlawanan Mourinho menyatakan para pemain beliau juga berteknikal baik namun tidak cukup bagus dari segi fizikaliti dan gagal bersaing secara intensiti.
Liverpool perlu cuba memastikan garisan gegenpressing mereka tidak diatasi kerana mereka ada jumlah pemain sangat ramai di kawasan lawan.
Selepas melihat penjelasan di atas anda saksikan rangkuman aksi Fabinho di sini dan anda boleh menyaksikan peranan beliau ketika fasa bertahan.
https://www.youtube.com/watch?v=mHFxabw-32Q
Rumusan
Jurgen Klopp telah bersedia dengan lebih baik untuk mengekang serangan balas Man. United pada kali ini. Sebelum ini Liverpool kerap disakiti oleh sistem serangan balas oleh Mourinho walaupun ada penguasaan bola yang tinggi.
Mourinho buntu apabila pemain fokal mereka ditekan. Jika anda pengurus, anda pastinya tidak akan terlalu memberikan perhatian kepada Lingard. Salah satu sebab Lingard diberikan peranan itu kerana Mourinho tahu ramai pengurus tidak begitu kisah untuk mengenakan kawalan kepada Lingard.
https://twitter.com/AnfieldHQ/status/1074569766663282694
Klopp telah mematikan saluran penting dan terhad Man. United ketika menyerang. Sebelum ini Mourinho suka melakukan sistem ‘destroying’ penyerang utama lawan – Herrera vs Mata – Young vs. Salah – tetapi Klopp memilih menutup pembawa bola utama ketika serangan balas.
Lingard pada musim lalu kerapkali bebas di zon serangan dan menjaringkan gol dalam situasi beliau tak dikawal.
Fabinho bukan sahaja bertahan dengan baik, malah sangat membantu dalam fasa serangan. Beliau melakukan 1 assist dan mencipta beberapa peluang gol dalam perlawanan ini.
Fabinho contributed with 3 dribbles and supported Liverpool's attack by being involved in the build-up phase, in the match vs. Manchester United.🤖 https://t.co/z8MOjCXVOF
— Twelve football (@twelve_football) December 16, 2018