Klausa Lanjutan Sudah Diaktifkan, Namun Ejen Martial Kecewa Dengan Tawaran Jangka Panjang Man. United

Manchester United dilaporkan sudah melanjutkan kontrak Martial sehingga akhir musim hadapan. Ianya adalah klausa lanjutan setahun yang terkandung di dalam kontrak penyerang antarabangsa Perancis tersebut.

Pengaktifan klausa ini membuatkan Man. United menghalang Martial pergi secara percuma pada musim hadapan. Namun begitu ejen kepada Martial dilaporkan agak kabur dengan potensi pemain itu akan menandatangani kontrak jangka panjang di Old Trafford.

Dengan pengaktifan kontrak tersebut, Martial akan kekal di Man. United sehingga 2020. Manchester United dilaporkan masih dalam proses rundingan untuk kontrak jangka panjang yang dijangka selama 5 tahun.

Ejen Martial iaitu Philippe Lamboley pernah memberitahu RMC Sports – pada Jun lalu – bahawa pemain tersebut mahu meninggalkan Old Trafford. Ini selepas hubungan Martial dan Mourinho dikatakan tidak begitu bagus. Ianya kerana Mourinho mendenda Martial kerana meninggalkan kem pra musim untuk menyambut cahaya matanya.

Manchester United’s French midfielder Paul Pogba (L) gestures to Manchester United’s French striker Anthony Martial as he’s substituted during the English Premier League football match between Manchester United and West Bomwich Albion at Old Trafford in Manchester, north west England, on April 15, 2018. / AFP PHOTO / Paul ELLIS / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or ‘live’ services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. / (Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Kini ejen Martial menyatakan beliau persimistik tentang keputusan positif dapat dicapai daripada rundingan di antara kelab dan Martial. Beliau berkata: “Saya sangan persimistik tentang keputusan positif daripada perbincangan ini.”

“Mereka sudah menghantar tawaran kepada kami dan ianya terlalu jauh daripada apa yang kami minta. Buat masa ini, kita masih jauh daripada mencapai kesepakatan [untuk kontrak jangka panjang].”

Sebelum ini Man. United melakukan perkara yang sama kepada De Gea – di mana mereka mengaktifkan lanjutan setahun. Beberapa pemain Man. United ada kontrak khas di mana kelab boleh mengaktifkan lanjutan semusim secara automatik.

Leave a Reply