Neuer: “Penyerang Kami Akan Ajar Benteng Liverpool Yang Rapuh”

Kapten Bayern Munich, Manuel Neuer menganggap benteng pertahanan Liverpool sebagai rapuh. Dan Liverpool bakal berhadapan dengan penyerang Bayern Munich yang kuat.

Manuel Neuer menyuarakan keyakinan beliau bahawa Bayern Munich akan melepasi cabaran Liverpool untuk mara ke suku akhir UCL musim ini.

Liverpool dan Bayern Munich dijadualkan bertemu pada pusingan 16 pasukan akhir UCL 2018/19. Liverpool kini pendahulu dalam EPL, manakala Bayern Munich baru sahaja merapatkan jurang mata kepada 9 mata dengan pendahulu Borussia Dortmund di dalam saingan Bundesliga.

Neuer menyatakan Bayern Munich tidak gentar dengan saingan diberikan Liverpool. Bercakap kepada laman rasmi Bayern Munich, beliau berkata: “Mereka menikmati musim yang baik dan menjadi finalis UCL musim lalu. Sudah pastinya mereka juga tidak gembira dengan undian ini.”

“Mereka boleh menyerang balas dengan laju dan bahaya di hadapan gol. Namun pada masa yang sama mereka rapuh di pertahanan seperti mana kita semua telah lihat. Mereka akan berhadapan dengan barisan serangan Bayern Munich yang bagus.”

“Saya menjangkakan pertarungan yang hebat di Liverpool dan di Allianz Arena.”

Pengurus Bayern Munich, Niko Kovac juga optimis bahawa pasukannya akan mara.

MUNICH, GERMANY – OCTOBER 06: Head coach Niko Kovac of FC Bayern Muenchen reacts during the Bundesliga match between FC Bayern Muenchen and Borussia Moenchengladbach at Allianz Arena on October 06, 2018 in Munich, Germany. (Photo by Matthias Hangst/Bongarts/Getty Images)

“Kami sudah tidak sabar nak beraksi dalam perlawanan hebat ini. Ianya perlawanan sukar diundi untuk kita. Liverpool musim lalu mara ke final, mereka kini di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.”

“Namun kita adalah Bayern Munich, dan kita diundi perlawanan paling sukar menentang Liverpool. Mereka finalis musim lalu dan kini sedang berada di puncak liga Inggeris.”

“Walaubagaimanapun kami adalah Bayern Munich. Peluang adalah 50-50 dan kami yakin kami akan mara.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN