Analisis Taktikal: JDT Intensif Dan Dinamik, Kedah Gagal Dapat Rentak

Perlawanan Piala Sumbangsih dan merupakan perlawanan pertama Liga Super semalam telah dimenangi oleh JDT. Perkara yang kami gariskan adalah intensiti JDT dan kegagalan Kedah untuk dapat rentak (settle down).

Permulaan

JDT menggunakan formasi 4-3-3 dengan pivot kembar Hariss Harun dan Natxo Insa di belakang. Manakala Safiq Rahim lebih berada di atas sebagai no.8. Agak mengejutkan melihat kembalinya Marcos Antonio selepas kecederaan serius.

Kedah memulakan perlawanan ini dengan 4-2-3-1, meggandingkan Liridon dan Baddrol Bakhtiar di pivot serta Sandro bermain di peranan no.10.

Sistem serangan JDT

Serangan JDT banyak bergantung kepada Natxo Insa dan Corbin Ong. Natxo memiliki visi yang baik di tengah untuk mengubah arah bola dengan segera.

Mankala Corbin Ong sangat dinamik di sebelah sayap kiri. Tak hairan kenapa Fazly Mazlan ditolak ke JDT oleh pemain ini. Dari awal lagi mereka menggunakan 2 sumber ini sebagai asas serangan mereka.

Selepas pemergian Figueroa satu ketika dahulu JDT tidak pernah memiliki ‘target man’ yang berjaya di dalam sistem mereka.

Kemasukan semula pemain itu jelas memberikan dimensi yang berbeza. Anda saksikan analisis yang saya sediakan di sini, bagaimana contoh ancaman JDT dengan kebijaksanaan Figueroa.

Seterusnya adalah, gol pertama Kedah boleh dikatakan motivasi untuk JDT mengejar defisit itu. Mereka menggandakan usaha untuk mebalas gol itu seawal mungkin.

Salah satu perkara yang menarik adalah, Diaz dalam perlawanan ini tidak individu dan dia seperti kembar kepada Cabrera, pemain yang lebih mengutamakan permainan berpasukan.

Pemain seperti Diaz, kalau dia main individu pun orang terima sebaba kualiti, tetapi kita bercerita tentang impak positif apabila permainan berpasukan diutamakan, ia akan membuatkan semua orang rasa lebih terlibat dan penting.

Secara asasnya JDT punyai lebih keseimbangan di tengah. Mereka ada unit tengah yang boleh bertahan lebih baik berbanding Kedah yang rata-rata tidak memiliki jeneral untuk melakukan kerja kotor (dirty work).

Jadi, unit tengah kedua-dua pasukan ada kualiti menyerang yang baik, tetapi bezanya adalah ketika bertahan, itu yang saya maksudkan dengan keseimbangan. Baddrol, Liridon, dan Sandro yang akan turun ke bawah memiliki pemikiran ofensif dalam permainan.

Ya! Baddrol selalu bermain di peranan itu sebagai bidan terjun dalam beberapa musim, namun untuk menentang pasukan seperti JDT, Kedah perlukan pemain tengah defensif yang lebih baik.

Lihat penjelasan di bawah ini, bagaimana JDT membentuk unit serangan, 2 pemain bek sisi yang ofensif, dengan Corbin Ong lebih tinggi kawasan liputan beliau.

Saya bulatkan pertarungan di tengah dan anda nilai sendiri, beza utama, JDT ada Hariss Harun untuk melakukan tugas membersihkan kerja akhir.

Seterusnya dalam banyak fasa, Sandro semakin bergelut untuk sentiasa turun naik. Inilah keadaan mereka apabila Sandro gagal membentuk tengah berlima ketika bertahan. Kedah hanya bergantung kepada Baddrol dan Liridon untuk mematikan aliran bola JDT di kawasan mereka.

Gambar di bawah menunjukkan Hidhir tidak melakukan ‘track back’ yang membolehkan Corbin Ong sangat bebas. Pemain muda itu secara asasnya bermain baik cuma dari aspek bertahan, Marcote ada kerja rumah untuk beliau.

Ini adalah contoh di mana Hariss menjadi bek separa (half-back) dalam pembentukan serangan mereka. Anda dapati Kedah tidak mengenakan tekanan agresif.

Serangan Kedah

Idea Marcote sukar untuk dilaksanakan dalam perlawanan ini kerana mereka terlalu kurang bola. Taktikal Marcote memerlukan lebih bola di kaki dan cuba menggunakan no.10 sebagai pusat/ ‘hole’ aliran utama.

Jadi, semalam, Kedah gagal melakukannya kerana mereka terlalu cepat hilang bola. Isu kecergasan pemain juga memainkan peranan yang ketara.

JDT sangat agresif mematikan ancaman mereka lebih awal. Beza dengan Kedah yang lebih toleran membenarkan lawan memiliki bola lebih banyak.

Gol Kedah adalah hasil daripada kesilapan penjaga gol JDT dan kemudian Sandro dan licik melakukan hantaran yang cantik kepada Pallares.

Kredit kepada tekanan yang dikenakan oleh Syazwan Zainon ke arah Izham Tarmizi yang menjadi asas kepada gol itu secara taktikal. 3 rumusan terbaik adalah,

1. Syazwan kenakan tekanan yang baik
2. Sandro melakukan hantaran lob berkualiti
3. Pallares sangat ‘decisive’

Adakah serangan Kedah teruk? Secara kualiti, mereka tidak teruk. Mereka mampu menjelmakan ancaman dengan beberapa peluang yang sangat terhad.

Kata kunci adalah, mereka mencipta peluang terlalu terhad atau sedikit. Itupun beberapa kali mereka melepasi garisan pertahanan akhir JDT. Penyerang kurang mendapat servis lebih kerap.

Pertahanan Kedah

Isu pertahanan adalah subjek utama kepada Kedah. Mereka jelas tidak agresif ketika bertahan. Seterusnya, beberapa kali garisan tinggi mereka bocor dengan mudah dan mencetuskan ancaman gol secara langsung.

Di tengah, saya sudah jelaskan seperti di atas. Mereka ada pemain yang sanggup turun bertahan tetapi kualiti perlindungan kepada bek berempat tidak cukup kuat kerana kualiti teknikal.

Apabila Liridon terlalu ke bawah, mereka tidak mendapatkan gerakan lebih tajam daripada pemain ini untuk proses serangan balas.

Gerakan Liridon sentiasa mudah dineutralkan oleh Natxo Insa terutamanya kerana beliau sukar membentuk permainan kombinasi kerana pasukan Kedah bergelut mencari rentak permainan.

Seterusnya adalah aspek bertahan duel udara (aerial duel). Kedah nampak rapuh untuk situasi tersebut. Rasanya ini memang masalah Kedah sejak beberapa musim yang lalu lagi.

Rumusan

Kekalahan Kedah kali ini membuatkan mereka perlu menggariskan banyak aspek permainan berpasukan. Isu kecergasan dalam perlawanan jelas antara faktor yang akan ditekankan oleh Marcote yang ada kepakaran dengan itu.

Seterusnya, JDT datang dengan prestasi terbaik di semua bahagian. Perbezaan paling besar adalah mereka lebih yakin dan intensif.

Mungkin mereka banyak belajar daripada Muangthong tempoh hari, bagaimana aspek kecergasan dalam perlawanan itu memberikan perbezaan besar. Kami yakin Morais melakukan post mortem yang menggariskan isu ini sebelum perlawanan menentang Kedah.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Corbin Ong (JDT)

Beliau memiliki keupayaan untuk mengekalkan penguasaan bola yang sangat tinggi. Gol Marcos Antonio adalah kerana usaha beliau yang merampas semula bola dan menghantar dengan segera. Tak lupa juga lontaran ke dalam beliau mengingatkan kita kepada Adrien Jurad Chamrong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN