Benik Afobe Bersyukur Dapat Kembali Semula Ke Wolverhampton Wanderers

Benik Afobe

Setiap pemain bola sepak sudah pasti mempunyai kenangan manis di sesebuah pasukan. Sekiranya telah berpindah, mereka mungkin tidak dapat mengembalikan kenangan itu.

Tetapi, jika diberikan peluang kedua untuk beraksi di kelab lama mungkin ia satu perkara tidak mampu ditolak. Apatah lagi, pemain itu mempunyai kenangan cukup manis di kelab tersebut.

Benik Afobe

Benik Afobe telah dipinjamkan ke Wolverhampton Wanderers pada hari terakhir jendela perpindahan tempohari dari kelab AFC Bournemouth.

Sebelum berpindah ke The Cherries, beliau merupakan pemain Wolves. Wolves mengikat kontrak pemain itu hanya semusim, dari Januari 2015 hingga Januari 2016.

Beliau telah menyumbangkan 22 gol dalam tempoh itu untuk Wolves. Tidak hairanlah, Bournemouth mengambil beliau untuk bermain.

Gagal?

Benik Afobe ketika beraksi untuk The Cherries. Sumber: SkySports.

Namun prestasi beliau bersama The Cherries tidaklah begitu memberasangkan apabila hanya 10 gol sahaja berjaya dihasilkannya. Tambah menyedihkan, 1 gol sahaja telah dijaringkan beliau untuk kelab pantai selatan England itu pada musim ini.

Bournemouth telah membayar Wolves dengan nilai 10 juta pound sterling. Kerana itulah, tekanan tinggi terhadap beliau di kelab itu.

Kecederaan dialami beliau telah membantutkan tempoh bersama Bournemouth. Benik Afobe mengakui tekanan telah dialami untuk bermain dengan baik.

Panggilan kedua

Era keemasan Benik Afobe di Wolves. Sumber: Birmingham Mail.

Eddie Howe, pengurus Bournemouth sebenarnya tidak mahu pinjaman dibuat oleh Wolves. Afobe sendiri mengakuinya dalam temubual di BBC.

Sebenarnya Afobe menangis di dalam kereta kerana impian untuk kembali beraksi sebagai pemain Wolves termakbul. Pihak kedua-dua kelab bersetuju dengan perjanjian itu.

Sudah pasti beliau tidak menjangkakan peluang itu akan hadir. Eddie Howe mengucapkan selamat berjaya kepada Benik Afobe di Wolves.

Pengurus Wolves, Nuno menyatakan beliau mesti menyesuaikan diri dengan corak permainan beliau meskipun Benik Afobe dikenali penyokong kerana kejayaan semusim itu.

Mungkinkah Benik Afobe akan menjadi pemain Wolves yang membantu kelab itu beraksi semula dalam Premier League? Seharusnya Benik Afobe perlu berusaha lebih jauh dan beliau boleh meraih medal untuk kejayaan dirinya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN