Analisis Taktikal: Liverpool 0-3 Real Madrid

Liverpool disekolahkan oleh Real Madrid tentang seni bermain di Champions League awal pagi tadi selepas kalah 3-0 di Anfield. Menariknya, kebangangan Liverpool bermain tidak diwar-warkan oleh wartawan sukan. Sebaliknya, Balotelli pula dijadikan kambing hitam (pun unintended) oleh wartawan.

Menurut Brendan Rodgers, asas utama untuk menjadi penyerang Liverpool adalah melakukan pressing bila kehilangan bola. Dan menurutnya Balotelli tidak melakukan pressing. Tetapi statistik dari Squawka membuktikan Balotelli adalah pemain Liverpool paling sibuk di padang selepas Liverpool ketinggalan.

Kredit: Squawka
Kredit: Squawka

Masalah Liverpool sebenarnya bukanlah kerana Balotelli sebenarnya. Ia adalah kerana kebangangan 4 pertahanan Liverpool pada awal pagi tadi.

Kredit: Squawka
Kredit: Squawka

Liverpool yang tampil dengan formasi 4-3-3 menentang Real Madrid yang turun dengan formasi 4-4-1-1. Menariknya, taktik Real Madrid ini adalah hampir sama dengan taktik Harry Redknapp semasa Gareth Bale di Tottenham Hotspurs. Ronaldo bermain di belakang Benzema dan diberikan kebebasan mutlak untuk melakukan apa yang disukainya di atas padang – taktik yang membuatkan Gareth Bale menjadi rebutan banyak kelab ternama di Eropah.

Liverpool vs Real Madrid - Football tactics and formations:

Dalam taktik ini, Gerrard langsung tidak dapat merantai Ronaldo. Henderson dan Allen langsung tidak dapat menutup ruang Kroos dan Modric yang bebas menentukan tempo permainan.

Isco dan James Rodriguez bermain sebagai wide playmaker – seperti yang selalu dilakukan oleh David Silva dan Samir Nasri di Manchester City. Pada satu-satu masa, kelihatan lima pemain Real Madrid berada di tengah padang – membuatkan situasi 5v3 berlaku di tengah padang seperti yang berlaku semasa gol pertama Real Madrid.

Liverpool gagal mengawal midfield Real Madrid dan seterusnya gagal menguasai perlawanan. Toni Kroos bermaharajalela di tengah padang dengan passing accuracy sebanyak 98%.

Hantaran-hantaran yang dilakukan oleh Toni Kroos  semasa menentang Liverpool. Jeneral tengah padang. (Kredit: Squawka)
Hantaran-hantaran yang dilakukan oleh Toni Kroos semasa menentang Liverpool. Jeneral tengah padang. (Kredit: Squawka)

Tak reti menari, jangan salahkan lantai. Tak reti buat kuih, jangan salahkan acuan. Tak reti defend, jangan salahkan Balotelli.

balo2

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN