Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Siapa Nak Jadi Jurulatih Bola Sepak? Baca Untuk Ketahui Lebih Lanjut

kj

Ini berita baik untuk anda yang nak jadi jurulatih bola sepak. Tak kiralah anda lelaki ke, perempuan ke, OKU ke, pernah wakil sekolah ke, tak lepas pemilihan wakil sekolah ke….asalkan anda passionate dengan bola sepak; National Football Development Plan (NFDP) mahu anda emailkan CV anda kepada mereka untuk diserapkan sebagai jurulatih bola sepak budak-budak bawah 12 tahun di seluruh negara.

1294494_429324833870021_170447699_o

Pemohon yang berjaya akan dihantar NFDP untuk mendapatkan lesen kejurulatihan dan bekerja dalam projek NFDP secara part-time. Sasaran NFDP adalah setiap pasukan bola sepak di semua sekolah rendah di Malaysia akan dilatih oleh pemohon yang berjaya ini. Ketahui lebih lanjut di sini: http://www.rembau.net.my/

Untuk memohon, buat CV dan hantar ke [email protected]

Inilah peluang anda untuk melakukan sesuatu untuk merubah bola sepak negara. Bukan setakat sembang kencang kat Facebook bila pasukan anda kalah. Poraaahhh…!!