Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL KAJIAN & FAKTA

Analisis Taktikal: Anderlecht 1-2 Arsenal

Sekali lagi, Arsenal menjaringkan gol di lewat-lewat minit perlawanan. Sekali lagi, Arsenal ketinggalan gol walaupun mengusai bola. Sekali lagi, Arsenal cuba mencari gol cantik dari tengah. Sekali lagi, pertahanan Arsenal bolos.

Dalam perlawanan malam tadi, Arsenal kekal dengan formasi 4-3-3. Anderlecht pula tampil dengan formasi 4-2-3-1.
 

Anderlecht vs Arsenal - Football tactics and formations:

 
Arsenal mempunyai dua pelan menyerang dalam formasi ini.

Plan A:

Setiap kali midfielder dan defender Arsenal membawa bola ke kubu Anderlecht, Alexis dan Cazorla akan bergerak ke tengah dan lebih rapat ke posisi Welbeck. Mereka akan lebih  bermain sebagai support striker/central attacking midfielder daripada winger.

Pemain Arsenal akan mempunyai kelebihan 5v3 di tengah padang. Ini sebabnya Arsenal dapat mengusai bola. Arsenal kemudiannya akan cuba mencipta peluang menerusi hantaran satu dua dan gerakan pass-and-move di tengah kubu Anderlecht.

Jika jadi, seluruh dunia meroyan kata Arsenal power. Jika tak jadi, semua kata Ozil bangang. Macamlah Ozil yang susun taktikal Arsenal.

Plan B:

Plan ini akan dilaksanakan bila Arsenal dah desperate. Golnya tak cantik dan tak berseni. Tapi gerakan inilah yang paling banyak menghasilkan gol penting untuk Arsenal. Gol minit akhir menentang Everton, Leicester, Hull City….I wonder if Arsene sees this pattern.

Jika dalam plan A, Arsenal akan menyerang di tengah-tengah, dalam plan B Arsenal akan meyerang di bahagian sayap pula. Bola akan dipindahkan ke Chambers atau Gibbs dan mereka akan pam hantaran lintang banyak-banyak sehingga defender Anderlecht kelam-kabut. Campbell, Sanchez, Podolski dan Chamberlain akan memenuhi kotak penalti Anderlecht.
 

Anderlecht vs Arsenal - Football tactics and formations:

 
Dalam perlawanan menentang Anderlecht ini, dua-dua gol Arsenal dihasilkan melalui plan B. Ya, golnya tak lawa. Tak berseni. Tapi gol tak lawa inilah yang banyak menyelamatkan punggung Arsene Wenger.