Analisis Taktikal Final Piala FA 2016: JDT 2-1 PKNS

Dengan keadaan padang yang sangat licin kerana hujan, ia menjadikan perlawanan ini lebih kepada pertarungan teknikal daripada pertarungan taktikal.

Maksudnya aspek pemilihan but, kualiti teknikal individu sehinggalah kesilapan individu akan menjadi penentu kemenangan.

Permulaan

JDT memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-1-1. Dalam perlawanan ini, peranan Safiq Rahim lebih terhad dengan peranan pemain no.8 – iaitu pemain tengah tulen.

Manakala PKNS dengan 4-1-3-2. Seperti biasa, majoriti serangan PKNS dimulakan dengan hold-up play Juan Cobelli dan larian Matias Hadwa di sayap kanan.

Pertahanan longgar dari kedua-dua pasukan

Seawal minit ke-4, Aidil Zafuan sudah menghadiahkan penalti buat PKNS hasil kesilapannya yang terlalu fokus mengawal pemain, bukannya bola.

Ditugaskan untuk melakukan man-marking terhadap Gabby Guerra, Aidil terperangkap dalam kelemahan utama sistem man-marking, iaitu anda perlu fokus kepada dua perkara – bola dan pemain – dalam satu-satu masa.

3

Bagaimanapun JDT berjaya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian dengan satu lagi sepakan penalti. Kali ini, G. Jeevanathan pula menjatuhkan Jorge Diaz untuk menghadiahkan penalti buat JDT.

Melihat P. Gunalan yang sudah memulakan larian untuk mengeluarkan bola, Gonzalo Soto tidak mengikuti larian Diaz.

9

Bagaimanapun pada masa yang sama, P. Gunalan nampak G. Jeevanathan sudah meluru keluar untuk mendapatkan bola lalu memperlahankan lariannya.

Kekeliruan ini dimanfaatkan Diaz yang terlebih dahulu mendapatkan bola lalu dijatuhkan Jeevanathan untuk penalti JDT.

10

Taktikal JDT

Dalam perlawanan ini JDT bermain lebih direct daripada biasa. Ini adalah petanda adaptasi taktikal yang dilakukan Mario Gomez kerana mereka mahukan gol awal, selain keadaan padang yang lembut dan licin.

Narrowing oleh pemain sayap JDT

Operasi sayap JDT pula tidak banyak bezanya. Azammuddin Akil dan Azinee Taib kedua-duanya gemar melakukan narrowing – iaitu membawa bola masuk ke tengah secara diagonal untuk melakukan link-up play dengan Juan Lucero dan Jorge Diaz.

Pemain sayap JDT ada juga berlari hingga ke touchline untuk membuat hantaran lintang – ala pemain sayap klasik – tetapi larian dan hantaran lintang mereka mudah dipatahkan oleh PKNS.

Berbanding sayap kiri, JDT jelas lebih efektif di sayap kanan.

Kedinamikan Lucero dan Diaz

Di sayap kanan, Lucero banyak beroperasi di kawasan half space sebelah kanan untuk melakukan link-up play dengan Azammudin.

JDT jelas bermain sistem no.9 moden dalam perlawanan ini. Anda boleh rujuk salah satu bentuk taktikal mereka di bawah di mana, Lucero tak terikat dengan tugas target man.

Diaz pula sangat aktif sehingga terpaksa dikawal ketat sepanjang masa oleh Khairu Azrin.

Ini menjadikan jentera serangan JDT dinamik sehingga kelihatan seperti bermain sistem strikerless, seperti gambar di bawah.

4

Hariss melindungi Aidil dan Marcos

Meskipun JDT jelas mendominasi perlawanan, JDT jelas tidak mahu bermain kerap di defensive line yang tinggi.

Untuk memastikan JDT sentiasa mempunyai extra man apabila diserang balas 3 penyerang PKNS,  Harris Harun ditugaskan untuk kekal berada di depan Marcos-Aidil pada setiap masa.

Taktikal PKNS

Taktikal E. Elavarasan pula agak mudah dijangka dan tiada adaptasi. Walaupun sedang ketinggalan 1-2, PKNS jelas terlalu fokus untuk tidak bolos lagi dan tidak mahu invest  di bahagian serangan.

Screenshot_2016-05-16-03-28-46

Contoh paling ketara adalah kemasukan S. Thinagaran – pemain sayap – pada penghujung babak kedua untuk menggantikan Nazrin Shamsul Bahri – juga pemain sayap.

Gagal kawal Diaz

Dalam sistem 4-1-3-2, PKNS sentiasa mempunyai seorang defensive midfielder  – dalam kes ini, Khairu Azrin – di depan 4 pemain pertahanan untuk melakukan man-marking terhadap Jorge Diaz.

Bagaimanapun, Khairu Azrin gagal melaksanakan tugasnya dengan baik (kerap ditewaskan Diaz dalam situasi 1v1). Malah buat seketika dalam separuh masa pertama, Nidzam Abu Bakar pula ditugaskan Elavarasan untuk mengawal Diaz.

Serangan mudah dipatahkan

Bahagian serangan PKNS pula jelas disconnected dengan bahagian tengah mereka.

Gagal mengatasi Hariss Harun yang cemerlang melindungi Marcos dan Aidil, E. Elavarasan turut gagal memberikan respons dari segi taktikal apabila Amirul Hadi – seorang lagi pemain tengah – dimasukkan oleh Mario Gomez.

Kemasukan Amirul membuatkan JDT lebih solid di tengah. Pemain PKNS bergelut untuk mengekang pemain JDT di tengah, sekaligus mencipta banyak fouls.

Screenshot_2016-05-16-03-30-07

PKNS hanya mula mendapat peluang semula pada penghujung separuh masa kedua, apabila pemain JDT mula hilang penguasaan bola (unforced errors) di kawasan sendiri – barangkali letih.

Elavarasan pasif

Secara keseluruhannya, E. Elavarasan gagal menyediakan adaptasi pelan taktikal berdasarkan situasi di padang.

Berbanding Mario Gomez yang lebih reaktif dengan situasi di padang, Elavarasan agak pasif.

Satu-satunya sumbangan bermakna Elavarasan untuk PKNS adalah mengeluarkan M. Sivakumar yang bermain buruk pada separuh masa pertama dan meletakkan Nidzam Abu Bakar kembali berpasangan dengan Gonzalo Soto.

Penilaian

Berdasarkan persembahan mereka pada malam Sabtu lepas, JDT memang selayaknya menjadi juara . Bagaimanapun PKNS pasti menyesali cara mereka melepaskan 2 gol pada perlawanan itu.

Gol pertama JDT adalah berkait rapat dengan komitmen pemain dan kecerdasan dalam membuat keputusan.

Gol kedua JDT pula boleh dielak jika pemain PKNS bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan seperti memastikan bola tidak dilepaskan awal atau meminta pengadil meniup wisel dahulu.

Untuk JDT, ia adalah aksi final yang agak sukar walaupun mereka lebih dominan.

Meskipun Juan Lucero tidak menjaringkan gol, beliau masih memberi persembahan sistem no.9 moden yang cemerlang.

Peranan Safiq Rahim sebagai deep lying playmaker dalam perlawanan ini mungkin akan menjadi peranan utama beliau pada musim ini.

Bagi Jorge Diaz, anugerah pemain terbaik perlawanan hanyalah aising kepada kek persembahan no.10 yang sangat cemerlang. Tahniah JDT!

Baca juga: Previu Taktikal Final Piala FA 2016: Pertarungan No.10 Antara Safiq Rahim – Matias Hadwa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN