Selepas 10 Tahun Dan 414 Penampilan, Tim Howard Tulis Surat Perpisahan Untuk Everton

Perpisahan ini merupakan satu benda yang menyakitkan bukan? Tambahan lagi jika kita berpisah dengan sesuatu yang sudah sebati dengan hidup kita.

Itu yang terjadi kepada Tim Howard, penjaga gol Everton yang menamatkan khidmatnya di kelab Merseyside tersebut selepas 10 tahun bersama.

Pemain yang pada mulanya hadir sebagai pemain pinjaman dari Manchester United pada 2006, menjadi pemain tetap di Goodison Park pada 2007.

Dan selepas 10 tahun, Howard berkeputusan untuk pulang semula ke Amerika Syarikat dan akan menyertai Colorado Rapids di MLS pada musim panas nanti.

Dan ini adalah terjemahan ringkas surat yang dikarang olehnya:

howard

BERSYUKUR

“Saya masih lagi ingat janji David Moyes 10 tahun lalu: Sekali anda melalui pintu-pintu tersebut (pintu di Goodison Park), anda akan jatuh cinta.”

“Hari ini (semalam), saya akan sekali lagi melalui pintu-pintu tersebut, dan selepas itu saya akan pergi.”

“Saya akan pergi dengan rasa cinta di hati terhadap kelab bola sepak terbaik, kelab milik orang ramai, Everton FC.”

“Saya akan sentiasa bersyukur kepada semua. Dan semestinya, para peminat – mereka yang membawa terlalu banyak semangat dan itu yang membentuk Everton. Rakan sepasukan saya. Antara semua, Tony Hibbert, Leon Osman, dan Leighton Baines sentiasa menunjukkan contoh bagaimana Evertonian sejati perlu berlatih, bermain dan bertindak.”

“Phil Jagielka adalah kapten yang terhebat dan terkuat, dan ia satu penghargaan untuk dipimpin olehnya.”

“Dua pengurus hebat, David Moyes merupakan pemimpin agung, menggabungkan kekuatan dan integrti. Saya amat terhutang budi dengan Roberto Martinez diatas kebaikan dan komitmen beliau ke atas saya sebagai pemain dan juga manusia.”

“Pengerusi hebat saya, Bill Kenwright, yang memberi senyuman ‘tanda setuju’ dari tempat duduk Para Pengarah akan sentiasa menjadi memori yang berpanjangan; penghargaan ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.”

“Dan terlalu ramai mereka-mereka yang lain sama ada berkerja di kelab atau menyokong kelab ini adalah sebahagian dari keluarga saya, kini dan selamanya.”

“Saya akan berjalan keluar dari padang Goodison, untuk kali ke-414 saya telah diberi penghormatan dan kepercayaan untuk menyarung jersi terkenal Everton.”

“Saya akan keluar dari terowong itu untuk sekali lagi untuk mendengar Z-Cars dan tepukan gemuruh dari 40,000 Evertonias. Saya akan simpan imej dan bunyi ini ke mana saja saya pergi.”

“Saya akan pulang ke kampung halaman di Amerika. Namun selepas sedekad menjadi si Biru, INILAH RUMAH SAYA.”

“Saya sayangkan anda semua, dan saya amat bersyukur atas apa yang kelab dan sesiapa sahaja yang berkaitan telah berikan kepada saya. EVERTON, anda telah menjadi sebahagian dari jiwa saya. Anda akan sentiasa di dalam hati saya. COYB!!”

#24 Anda,

Tim Howard.

Pemain Everton paling konsisten

Howard dianggap sebagai pemain yang memberi khidmat terbaik sepanjang berada di kelab menurut kebanyakan peminat.

Dengan 414 penampilan, 133 ‘clean sheets’ serta 1 gol menarik ketika menentang Bolton Wanderers dahulu; boleh dikatakan satu tempoh karier yang gemilang buat salah seorang pemain Amerika Syarikat yang berjaya di Eropah.

Thank you Tim!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN