Quantcast
Previu Taktikal Final Piala FA 2016: Pertarungan No.10 Antara Safiq Rahim - Matias Hadwa
ANALISIS TAKTIKAL

Previu Taktikal Final Piala FA 2016: Pertarungan No.10 Antara Safiq Rahim - Matias Hadwa

Thursday, 12 May 2016

Seperti yang ramai sudah ketahui, PKNS FC bakal berhadapan dengan pasukan heavyweight JDT dalam perlawanan final Piala FA 2016 nanti.

Kedua-dua pasukan mempunyai motivasi tersendiri untuk menang. PKNS mahu menjulang Piala FA pertama dalam sejarah kelab mereka.

JDT pula mahu memenangi menebus kehampaan semasa final edisi 2013 (kalah 0-1 kepada Kelantan).

Selain itu, mereka juga pastinya mahu terus menggondol piala domestik kedua pada musim ini selepas kejayaan Piala Sumbangsih pada awal tahun ini.

Prestasi semasa

PKNS – K S M M M S

13115918_1040664052680308_9002568798360583141_o

Sejak 6 perlawanan lepas, PKNS menunjukkan peningkatan prestasi yang baik. Mereka menang 3 dan seri 2 perlawanan. Kekalahan terakhir mereka berlaku lebih sebulan lepas, tewas 4-3 menentang Negeri Sembilan.

Pertahanan JDT perlu memberi perhatian istimewa kepada jentera serangan prolifik PKNS yang sudah menjaringkan 16 gol (purata 2.67 gol satu perlawanan) sejak 6 perlawanan lepas.

Bagaimanapun benteng pertahanan PKNS juga boleh tahan porosnya. Setakat 6 perlawanan lepas, mereka sudah bolos 12 gol (purata bolos 2 gol satu perlawanan).

JDT – M S M M M M

11259592_617031168460186_7864520482773265924_o

JDT pula berada dalam prestasi terbaik sejak 6 perlawanan lepas. Baru seri sekali, JDT menang 5 perlawanan – termasuklah ketika perlawanan menentang Ayeyawady United dan Bengaluru yang hanya menggunakan majoriti barisan simpanan mereka.

Seperti jentera serangan PKNS, jentera serangan JDT juga tidak kurang tajamnya. 15 gol berjaya dijaringkan (purata 2.5 gol satu perlawanan) sejak 6 perlawanan lepas.

Bagaimanapun jika dibandingkan dengan PKNS, benteng pertahanan JDT jauh lebih kukuh. Hanya 5 gol dilepaskan oleh JDT (purata bolos 0.83 gol satu perlawanan) sejak 6 perlawanan lepas.

Rekod 6 pertemuan terakhir

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika aksi Liga Super pada 11 April 2014. Ketika itu, JDT menang 1-0 hasil jaringan sendiri pertahanan PKNS, Aminudin Mohd Nor.

Dalam 6 pertemuan antara mereka, JDT menang 3 kali, PKNS 2 kali dan seri sekali.

22 Jan 2013 (Liga Super)
PKNS 1-3 JDT

11 Mei 2013 (Liga Super)
JDT 3-1 PKNS

20 Ogos 2013 (Piala Malaysia)
PKNS 2-0 JDT

21 September 2013 (Piala Malaysia)
JDT 0-2 PKNS

4 April 2014 (Liga Super)
PKNS 1-1 JDT

11 April 2014 (Liga Super)
JDT 1-0 PKNS

Karakter pasukan

PKNS FC

  • Memberi free role kepada Matias Hadwa
  • Menyerang dari kedua-dua kawasan sayap
  • Gemar memanfaatkan aerial threat Juan Manuel Cobelli melalui hantaran-hantaran lintang
  • Kompak dan padat di tengah ketika bertahan

JDT

  • Gemar melakukan squad rotation
  • Bermain lebih narrow di final third
  • Gemar melakukan cubaan jarak jauh
  • Agresif
  • Menyerang melalui tengah dan kanan

Kekuatan pasukan

PKNS FC

  • Matias Hadwa sukar dikawal dalam situasi 1v1
  • Kualiti hantaran lintang yang baik dari sayap kanan dan kiri yang mampu dimanfaatkan Juan Manuel Corbelli
  • Berbahaya ketika melancarkan counter-attack
  • Boleh bermain dalam keadaan tertekan (di depan penyokong lawan yang ramai)

JDT

  • Boleh mencipta peluang melalui through passes
  • Klinikal ketika menyudahkan peluang gol
  • Mempunyai pemain yang mampu memberi ancaman set-pieces
  • Mempertahankan gol pendahuluan
  • Kelajuan di sayap
  • Kreatif ketika merancang serangan

Kelemahan pasukan

PKNS FC

  • Tiada kepelbagaian ketika menyerang, terlalu mengharapkan kombinasi Matias Hadwa-Juan Corbelli
  • Ada kecenderungan untuk bergelut dalam situasi set-pieces

JDT

  • Agak bergelut menentang compact, defensive team
  • Menghalang pihak lawan daripada mencipta peluang melalui bola lintang
  • Kadang kadang agak terlalu bergantung kepada sistem no.10.

Pemain Tumpuan

JDT: Juan Martin Lucero

13123089_616168475213122_7253890230100957824_o

Lucero semakin menunjukkan peningkatan dalam sistem yang lebih kepada no.9 moden di kem JDT.

Interaksi yang berkesan dengan Diaz kerap menjadi kunci utama kepada keberkesanan Lucero. Namun ia bukan tugas mudah untuk mendiamkan Diaz.

PKNS: Matias Hadwa

13041091_1035446009868779_6008790861044292143_o

Jika JDT ada Jorge Pereyra Diaz, PKNS ada Matias Hadwa. Di atas kertas Hadwa mungkin diletakkan berpasangan dengan Juan Corbelli di jentera serangan.

Tetapi di atas padang, Matias Hadwa boleh dilihat berada di mana-mana – kanan, kiri dan tengah.

Taktikal pasukan

Besar kemungkinan PKNS akan turun dengan barisan 4-4-1-1 yang bermentaliti defensif untuk menghidu peluang melakukan counter attack.

PKNS akan tampil kompak dan padat di tengah untuk menyukarkan kerja Safiq Rahim dan Jorge Pereyra Diaz – dua pemain JDT yang paling kreatif.

Dalam bahagian serangan, mereka akan bergantung harap kepada Matias Hadwa untuk memecahkan struktur defensif JDT dalam situasi 1v1.

Untuk JDT pula, mereka turun sebagai pasukan pilihan dalam final ini.

Ketika ini, JDT sedang berada dalam transisi daripada target man no.9 kepada sistem no.10 + no.9 moden yang lebih fluid.

Bagaimanapun permainan fluid JDT mungkin akan terganggu oleh keadaan padang Stadium Shah Alam yang buruk.

Posisi Safiq Rahim di final nanti juga akan menjadi sesuatu yang harus diberikan perhatian setelah JDT banyak bermain dengan sistem no.10 sebenar musim ini.

Baca juga: Final Piala FA 2016: Final Pertama Antara Dua Pasukan Kelab, PKNS FC Dan JDT FC

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!


Kongsi

Komen Artikel: Previu Taktikal Final Piala FA 2016: Pertarungan No.10 Antara Safiq Rahim - Matias Hadwa



Berita Bola Yang Menarik